Pembongkaran 'fail merah' terbukti masih belum berakhir apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membayangkan beberapa fail tersebut akan mendedahkan lebih banyak skandal susulan siasatan yang masih dijalankan di kementerian itu.
"Jika anda merujuk skandal yang bernilai berbilion ringgit, yang paling besar...saya rasa setakat itu sahaja.
"Bagaimanapun, siasatan ini masih lagi dijalankan. Selainnya dalam jumlah yang kecil, (mungkin) babitkan jutaan (ringgit). Kita akan menanganinya kemudian."
"Dokumen itu juga masih diteliti. Ini merupakan proses yang getir tetapi perlu dilakukan. Kita perlu menunggu dan membersihkannya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama yang diadakan genap sebulan berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan kejayaan Pakatan Harapan menawan Putrajaya.
Ditanya mengenai kemungkinan 'fail merah' tertentu dimusnahkan sebelum peralihan kerajaan, Lim berkata : "Anda boleh memusnahkan dokumen tapi kita boleh menyusunnya (semula). Kemajuan hari ini membolehkan jejak wang sedemikian mampu dikesan. Oleh itu, adalah sukar untuk menyembunyikannya."
Beliau berkata, sewaktu memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan pada 22 Mei, 2018, maklumat yang dibentangkan kepadanya adalah jauh lebih buruk daripada jangkaan awal.
"Saya amat terkejut. Malah, sejak itu saya terpaksa mengharungi 'lautan' dakwat merah ini," katanya.
Pendedahan sebelum ini menunjukkan kerajaan terpaksa berusaha mendapatkan wang berjumlah RM6.9 bilion bagi membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak April 2017.
Ini kemudiannya disusuli oleh pendedahan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini turut menggunakan wang daripada urus niaga dengan Khazanah Nasional Bhd serta hasil jualan tanah kepada Bank Negara Malaysia untuk melunaskan obligasi hutang 1MDB.
Ketika rakyat masih terkejut dengan perkembangan itu, mereka didedahkan pula dengan satu skandal saluran paip gas membabitkan RM9.41 bilion yang turut dikaitkan dengan 1MDB.
"Mereka tergamak berbohong," kata Lim yang turut berkongsi nada kecewanya.
"Mereka (BN) juga katakan bahawa mereka hanya mengikut standard IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa). Sebab itulah jumlah (hutang) sebanyak RM686.8 bilion. Namun bagaimana pula dengan jaminan hutang kerajaan yang mencecah 199.1 billion?
"Begitu juga projek perkongsian awam-swasta bernilai RM201.4 bilion yang membawa kepada jumlah hutang mencecah sehingga RM1 trilion.
"Dalam terma ekonomi, sebarang hutang yang meragukan perlu diakui sebagai hutang lapuk dan perlu diselesaikan.
"Apa yang kita ada merupakan bebanan hutang yang perlu kita langsaikan bagi pihak syarikat seperti 1MDB," katanya.
Menurutnya, di sebalik perkembangan itu, rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana menyaksikan perubahan kerajaan pada pilihan raya lepas.
"Kita kini dapat menangani isu hutang dengan sewajarnya."
Lim turut menegaskan bahawa kerajaan baharu ini bukanlah bersifat 'mulut manis' dan rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.
Justeru, apa yang penting adalah memaklumkan perkara sebenar berkaitan keadaan kewangan negara bagi membolehkan Malaysia memulakan proses pembinaan semula, katanya.
Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak membazirkan sebarang masa untuk memulakan tugas yang diamanahkan dengan seberapa segera.
"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed) telah mengumumkan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kita juga telah menstabilkan harga minyak, mengumumkan Bantuan Sara Hidup Rakyat dan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam Gred 41 dan ke bawah (sempena Hari Raya)," katanya.
Golongan pesara juga tidak terkecuali apabila kerajaan turut mengumumkan bayaran khas RM200.
"Ini membabitkan pembayaran sebanyak RM22 bilion iaitu wang yang dikembalikan semula kepada rakyat. Kita boleh lakukan ini tanpa GST," katanya.
Mengulas kemajuan masa depan, beliau berkata apa yang penting adalah untuk mengurangkan aspek kewangan dan berjimat.
"Sebagaimana yang Tun Dr Mahathir tekankan, kita juga tidak boleh mengharapkan lagi pemberian habuan secara percuma."
Ditanya mengenai perancangan kerajaan Pakatan Harapan dan manfaat yang bakal dibentangkan dalam Bajet 2019, beliau berkata : "Biarkan saya tangani dahulu perkara yang berlaku pada tahun ini.
"Kita perlu menelan ubat (pahit), apalagi Perdana Menteri kita adalah seorang doktor. Bagi saya, soal ini (masalah hutang negara) masih boleh dipulihkan."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Lim membayangkan beberapa fail tersebut akan mendedahkan lebih banyak skandal.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.