UMNO akan lebih berhati-hati dalam meneliti setiap isu yang dibangkitkan khususnya dari negara-negara luar yang mempunyai rekod suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain terutama negara Islam, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata komitmen terhadap dunia Islam, sikap berkecuali terhadap kuasa besar, keakraban dengan China dan Rusia, serta pendirian teguh dalam menyokong Palestin dan menolak Israel adalah antara punca negara ini sentiasa diintai negara tertentu.
Ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu mereka untuk masuk campur, lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini yang membabitkan rebutan kuasa di Laut China Selatan, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu dalam menangani episod terbaru berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini melibatkan Amerika Syarikat, Annuar berkata ia perlu diteliti daripada semua sudut.
"Kita perlu meneliti 'the big picture' daripada semua sudut agar kita tidak terburu-buru dan terperangkap dalam usaha sengaja "mencari salah" dengan niat tertentu bagi membina persepsi dan prasangka buruk," katanya.
Beliau berkata UMNO juga tidak akan sesekali memperkecilkan perlunya menjunjung amanah rakyat, menegakkan keadilan, menjunjung perlembagaan dan mengutamakan keluhuran undang-undang.
"Kita menyedari bahawa 1MDB adalah syarikat milik kerajaan dan dengan itu ia wajib 'accountable' kepada rakyat dan wajib tertakluk kepada segala peraturan dan undang-undang sedia ada.
"Selain itu, dakwaan wang 1MDB 'hilang' atau 'dicuri' adalah sangat serius. Maka ia telah dan sedang disiasat mengikut undang-undang. Apakah benar ada kehilangan wang milik 1MDB? Berapa banyak dan siapa yang 'mencurinya"?..tetap disiasat," katanya.
Annuar berkata jika dakwaan itu benar, kerajaan akan menunaikan janji mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang terlibat menurut proses undang- undang.
Menurutnya isu 1MDB yang kini menjadi isu perundangan tidak perlu dipolitikkan dan sehubungan itu semua pihak harus bersabar supaya proses undang-undang berjalan tanpa gangguan.
Dalam pada itu Annuar berkata UMNO juga sedar wujudnya konspirasi diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita juga amat memahami keupayaan, pengalaman dan kepandaian Dr Mahathir dalam selok-belok konspirasi menewaskan musuh politiknya.
"Dendam yang berpunca daripada jatuh anaknya, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz) daripada kedudukan tinggi dalam UMNO, terlalu mendalam, menyebabkan Dr Mahathir bersedia lakukan apa saja untuk mencapai hasratnya," katanya.
Sehubungan itu Annuar berkata UMNO dan saf pimpinannya harus berwaspada untuk tidak terperangkap dalam 'grand design' Dr Mahathir untuk merampas kuasa dalam UMNO dan kerajaan dengan apa cara sekalipun, walau secara tidak demokratik atau melibatkan kuasa luar.
"Kita percaya kaedah matlamat menghalalkan cara yang menjadi 'trademark' tindakan Dr Mahathir selama ini akan terus dipergunakannya," kata Annuar.
Bernama
Thu Jul 28 2016
UMNO akan lebih berhati-hati dalam meneliti setiap isu yang dibangkitkan khususnya dari negara-negara luar yang mempunyai rekod suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain, kata Tan Sri Annuar Musa. -Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.