Undi masyarakat luar bandar diyakini tetap akan terus menjadi deposit tetap buat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ini kerana rata-rata golongan berkenaan menghargai segala kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), antaranya melalui pelaksanaan transformasi 'Membandarkan Luar Bandar'.
"Walaupun banyak fitnah dilemparkan kepada kerajaan, masyarakat luar bandar tidak akan mempercayainya kerana golongan ini merupakan penyokong kuat BN, undi luar bandar merupakan antara faktor kita (BN) mampu menawan Putrajaya.
"PKR gagal bantu DAP perintah negara pada PRU13 sebab orang kampung masih bersama BN dan sebab itu pembangkang gunakan bekas presiden UMNO untuk tarik pengundi luar bandar," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Desa Digital peringkat kebangsaan di Kampung Bemban di sini pada Rabu.
Ismail Sabri dalam sidang media selepas itu turut menzahirkan rasa kesal atas sikap sesetengah kepimpinan negeri pembangkang yang seolah bersifat lepas tangan dalam soal membela nasib rakyat di luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
Ismail Sabri mempromosikan barangan keperluan yang dijual pada harga berpatutan sempena pelancaran Desa Digital di Mini RTC Bemban, Kampung Bemban, Jitra, 18 April, 2018. --fotoBERNAMA
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040
Setiap bandar perlu mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia juga.
Kerajaan akan pastikan mekanisme pemberian subsidi petrol sesuai dan mudah di bandar, luar bandar - Tengku Zafrul
Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar.
Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis catat skor tinggi bandar Bahagia
Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh PLANMalaysia sebagai negeri 'Bahagia'.
Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.
Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.
15 PBT dijangka capai status neutral karbon menjelang 2050
Pelan induk tersebut memperkenalkan pendekatan 3M iaitu measurement (pengukuran), management (pengurusan) dan mitigation (pengurangan) khusus bagi pentadbir dan perancang bandar.
Naik taraf gelandangan melalui program pertanian bandar - Annuar Musa
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan ladang berkonsepkan urban farming (pertanian bandar) bagi meningkatkan taraf hidup gelandangan di bandar.