Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dijangka melihat pertumbuhan dua hingga tiga peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan jualan RM1.1 bilion.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ini dijangka dicapai melalui penyertaan 260 syarikat halal Malaysia dan 283 syarikat halal antarabangsa di pameran tersebut.
Beliau berkata, sebelum ini MIHAS telah menjana pendapatan melebihi RM11 bilion melalui pameran dan program berkaitan perniagaan dalam jangka masa 12 tahun.
MIHAS akan diadakan dari 28 Mac hingga 2 April 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Minggu Halal Sedunia (WHW) 2016.
Sementara itu, Mustapa turut membentangkan prestasi keseluruhan industri halal Malaysia.
Beliau berkata pendapatan eksport halal 2014 iaitu RM38 bilion melepasi sasaran 2020 (RM19 bilion) dan beliau yakin mencapai sasaran 2015 iaitu RM42 bilion.
Tambahnya, 218,000 peluang pekerjaan juga disediakan melalui industri halal pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Industri halal dijangka menyediakan 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Selain itu, 800 syarikat Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) yang mempunyai sjil halal sudah pun menerokai sektor eksport pada 2015, peningkatan sebanyak 12.5 peratus berbanding 2014.
Menjelang 2020, 1,600 syarikat PKS bersijil halal dijangka menerokai sektor eksport.
Mustapa berkata syarikat Malaysia bersijil halal melihat peningkatan dua kali ganda dalam masa lima tahun, dengan 5,726 pada 2015.
Daripada jumlah ini, 68 peratus syarikat bersijil halal dimiliki masyarakat bukan Bumiputera dan 32 peratus syarikat bersijil halal dimiliki masyarakat bumiputera.
Menteri itu turut menyatakan Malaysia akan mengembangkan pasaran halal ke negara yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) terutamanya Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada.
Ini berikutan peningkatan masyarakat beragama Islam di negara-negara tersebut.
Mustapa berkata, berbanding negara lain, Malaysia mempunyai ekosistem yang sesuai serta kepelbagaian dalam industri halal yang menjadikan Malaysia pemain utama.
Selain MIHAS yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Persidangan Halal Dunia (WHC) anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Konvensyen Perbadanan Bersijil Halal Antarabangsa Jakim ke-7 turut akan diadakan sempena WHW.
Pritha Manivannan
Tue Feb 02 2016
Mustapa ketika membentangkan prestasi keseluruhan industri halal Malaysia hari ini. - Astro AWANI/Pritha Manivannan
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Sabah catat pelaburan RM11.5 bilion pada 2022
Tengku Zafrul berkata ia melibatkan 89 buah projek dan bakal menjana 4,566 jumlah peluang pekerjaan.
Pelaburan agresif tingkatkan pendapatan golongan pertengahan - Tengku Zafrul
Negara memerlukan pelaburan domestik dan antarabangsa yang agresif bukan sahaja untuk membawa hasil kepada syarikat malah para pekerja.
Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah, lawat beberapa industri
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.
Tengku Zafrul sah tawar diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Menurut Zafrul, lanskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan yang sihat dan membina.
Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.
Kerjasama Petronas-ADNOC pamer keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa
Mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia dan UAE serta meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua buah negara.
Praktis langkah pencegahan di tempat kerja elak penutupan semula sektor perkilangan - Azmin
Langkah itu bagi memastikan tiada mana-mana sektor industri terpaksa ditutup sehingga menjejaskan ekonomi negara.
Malaysia akan catat pertumbuhan kukuh pada masa depan selepas catat kejayaan pada 2021 - Azmin
Mohamed Azmin berkata Malaysia juga menarik sejumlah RM177.8 bilion pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.
CPTPP tidak jejaskan hak, kepentingan Bumiputera - Azmin
Azmin sekali lagi menegaskan bahawa hak dan kepentingan Bumiputera tidak akan terjejas jika kerajaan meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.