KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia menyusut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember daripada 2.40 juta tan pada November, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB menerusi laporan prestasi industri terkininya bagi Disember 2023 berkata inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.
Sementara itu, stok minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 1.23 peratus kepada 1.09 juta tan pada Disember daripada 1.08 juta tan sebelum ini.
Pengeluaran MSM susut 13.31 peratus kepada 1.55 juta tan pada Disember daripada 1.79 juta tan pada bulan sebelumnya, dan pengeluaran isirung sawit turun 14.00 peratus kepada 371,202 tan daripada 431,641 tan sebelumnya.
MPOB berkata eksport minyak sawit merosot 5.12 peratus atau 72,021 tan kepada 1.33 juta tan pada Disember daripada 1.41 juta tan pada November dan eksport oleokimia susut 5.38 peratus kepada 245,048 tan.
Eksport biodiesel berkurangan 0.76 peratus kepada 17,834 tan pada Disember daripada 17,971 tan pada bulan sebelumnya.
Manakala eksport dedak isirung sawit turun 33.77 peratus kepada 178,436 tan bulan lepas, manakala eksport minyak isirung sawit jatuh 11.53 peratus kepada 88,261 tan daripada 99,768 tan pada November.
Import MSM berjumlah 11,103 tan pada Disember, manakala jumlah import minyak sawit turun 7.87 peratus kepada 36,573 tan berbanding 39,696 tan pada bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
MPOB berkata eksport minyak sawit merosot 5.12 peratus atau 72,021 tan kepada 1.33 juta tan pada Disember daripada 1.41 juta tan pada November dan eksport oleokimia susut 5.38 peratus kepada 245,048 tan. - Gambar fail/BERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
MPOB gesa pemain industri minyak sawit eksport produk tokotrienol ke China
Susulan kelulusan pada 13 Mac, tokotrienol sawit (Vitamin E) kini dibenarkan untuk eksport dan digunakan dalam aplikasi makanan di China.
Stok minyak sawit Malaysia turun kepada 2.02 juta tan pada Januari
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas.
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.
MPOB perlu jadi penanda aras global dalam penyelidikan minyak sawit - Johari
Johari menekankan kepentingan sektor perladangan bekerjasama dengan MPOB dengan memanfaatkan peluang bagi mengetengahkan hasil penyelidikan.
MPOB terus tingkat R&D untuk kembang produk sawit ke pasaran China dan negara Islam - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini terdapat beberapa produk yang sedang dikomersialkan di China hasil daripada usaha Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM).
MPOB ambil tindakan jika kilang sawit punca pencemaran Sungai Pukin
MPOB sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu, disyaki berpunca daripada pelepasan efluen kilang sawit yang tidak terawat.
Stok minyak sawit Malaysia naik 22.54 peratus pada Ogos
Inventori minyak sawit mentah meningkat 35.45 peratus kepada 1.20 juta tan pada bulan lepas, daripada 886,384 tan pada Julai.
MPOB, Petronas kaji minyak masak dan sisa sawit sebagai sumber SAF
MPOB dan Petronas kini bekerjasama bagi mengkaji penggunaan minyak masak terpakai dan sisa minyak sawit sebagai bahan mentah dalam pengeluaran biobahan SAF di negara ini.