ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 28 Ogos 2020.

1) Korea Selatan tingkat perintah sekatan, 470,000 perniagaan terkesan

Korea Selatan pada Jumaat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperketatkan lagi arahan penjarakan fizikal serta mengehadkan operasi perniagaan.

2) COVID-19: Pasangan suami isteri dari Ethiopia antara enam pesakit baharu di Thailand

Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit Dr Sophon Iamsirithavorn berkata wanita Ethiopia berusia 36 tahun itu tiba di Thailand pada Rabu untuk mendapatkan rawatan perubatan, dengan ditemani suaminya yang berusia 34 tahun.

3) COVID-19: India lapor 77,266 lagi kes positif, kes harian tertinggi setakat ini

India mencatatkan 77,266 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di negara itu mencecah kepada 3.38 juta kes.

4) COVID-19: Indonesia catat 3,003 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 165,887 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan sebanyak 7,169 orang.

5) Australia terbuka terima Brenton Tarrant jalani hukuman penjara di negara asal

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memaklumkan, beliau terbuka untuk membenarkan Brenton Tarrant menjalani hukuman seumur hidup di tanah airnya namun ia bergantung pada keinginan Tarrant sendiri.

6) 20 terkorban banjir di Karachi

Kejadian banjir itu turut mengakibatkan ramai mangsa yang terperangkap dan ada yang terpaksa bermalam di pejabat kerana terkandas.

7) PM Jepun Abe Shinzo dijangka letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo dijangka mengumumkan peletakan jawatan pada Jumaat berikutan keadaan kesihatan beliau yang membimbangkan.

8) Tiada rakyat Malaysia di Korea Selatan positif COVID-19

Tiada rakyat Malaysia di Korea Selatan dilaporkan dijangkiti COVID-19 setakat ini, ujar Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Ashri Muda.

9) COVID-19: Tiada bukti virus berasal dari China - Menteri Luar

China terus mempertahankan pendirian bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan COVID-19 bermula di negara republik itu.

10) Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah

Keputusan Mahkamah Tinggi Christchurch menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol terhadap dalang serangan dua masjid tahun lalu disambut baik mangsa dan ahli keluarga individu yang terkorban.