DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 17 September 2020.
Singapura mengesahkan tambahan 18 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,532.
Berdasarkan data yang dimuat naik laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 103,209 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan semua kes baharu adalah jangkitan import melibatkan pelancong dari luar negara.
Amerika Latin merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 kepada 8.45 juta kes pada Rabu dengan lebih 4.4 juta kes disahkan di Brazil.
CNN melaporkan, keyakinan Trump, jelas bertentangan dengan pandangan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS CDC), Dr Robert Redfield, yang dianggap Trump sebagai seorang yang ‘keliru’.
Putera Mahkota Bahrain, Sheikh Salman Hamad menawarkan diri untuk terlibat secara langsung dalam proses ujian vaksin COVID-19 fasa ketiga di negara itu.
Ribuan pencari suaka yang hilang tempat perlindungan selepas kem pendatang terbesar di Greece terbakar akan dipindahkan di sebuah penempatan baharu di pulau berkenaan.
Suga yang berusia 71 tahun tiba di pejabatnya di Tokyo, Jepun dengan menzahirkan ikrar untuk melakukan reformasi kepada rakyat, selain menegaskan tanggungjawabnya kini sudah bermula.
Terbaharu, seorang pekerja dari Hampshire, London memecah rekod dunia Guinness selepas menjadi pemandu bas paling pendek di dunia dengan ketinggian 136.2 sentimeter (4 kaki 5.6 inci).
Murid prasekolah di Korea Utarakini diwajibkan untuk mengikuti mata pelajaran Greatness Education (Kehebatan Pendidikan) yang menceritakan mengenai kehebatan pemimpin negara itu, Kim Jong-un selama 90 minit pada setiap hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami