DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 23 Disember 2020.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 77.8 juta.
Setakat 5.30 pagi ini waktu Malaysia, terdapat 77,783,803 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.
Agensi Ubat-Ubatan Itali (AIFA) secara rasmi meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-Biontech, pada Selasa.
Kelulusan itu diberikan selepas mendapat lampu hijau daripada Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) bagi 27 negara Kesatuan Eropah (EU).
Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain yang membantu mengawasi perkembangan vaksin di negara itu.
Vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca seharusnya efektif dalam mencegah varian baharu COVID-19.
Syarikat ubatan itu memberitahu Reuters, kajian masih dijalankan bagi memahami sepenuhnya impak mutasi tersebut.
Lebih 1,500 pemandu trak terkandas di Kent selepas penutupan sempadan oleh Perancis.
Setakat ini, lebih 40 negara telah menyekat kemasukan dari United Kingdom (UK) selepas varian baharu COVID-19 dikesan di negara itu.
Scotland mengumumkan langkah sekatan tertinggi iaitu tahap keempat bagi memerangi varian baharu COVID-19 yang dilapor mempunyai kadar penularan tinggi.
Menteri Pertama, Nicola Sturgeon berkata sekatan yang lebih ketat diperlukan negara itu bagi mengekang varian berkenaan.
Penasihat White House, Jared Kushner mengetuai delegasi dari Israel ke Maghribi pada Selasa.
Lawatan itu dilakukan menerusi penerbangan rasmi pertama di antara kedua negara sejak mencapai kata putus menormalisasikan hubungan diplomatik.
Kuwait menggantung semua penerbangan komersial antarabangsa dan menutup sempadan sehingga akhir tahun.
Ini selepas laporan varian baharu yang dikesan di UK.
Rundingan Brexit berada pada 'saat genting' dan kedua belah pihak EU dan UK sedang melakukan usaha terbaik yang terakhir.
Demikian jelas Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier, pada Selasa.
Varian baharu COVID-19 yang mula dikesan di United Kingdom (UK), kini turut dikesan di Hong Kong pada Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami