DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Januari 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Januari 2021.
Malaysia dan Australia bersetuju mengambil beberapa langkah berkesan untuk menangani dan mengurangkan impak negatif terhadap penularan pandemik COVID-19.
Thailand telah memulakan gerakan besar-besaran pengesanan kes aktif selama tiga minggu dalam usahanya memutuskan rantaian penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon, wilayah yang menjadi pusat penularan pandemik itu yang terbaharu di Thailand.
Presiden Joe Biden pada Selasa mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin, antara lain membincangkan beberapa isu sensitif membabitkan kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.
Goldman Sachs Group Inc memotong pampasan tahunan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Salomon sebanyak 36 peratus selepas dikenakan penalti berhubung rasuah berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GLAAD, Sarah Kate Ellis berkata kedua-dua komponen tersebut saling memerlukan dalam memastikan masyarakat di seluruh dunia dilayan secara berperikemanusiaan.
Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberitahu rakyatnya untuk menikam mana-mana penipu yang menggunakan namanya dan nama pegawai kabinet yang lain untuk tujuan rasuah.
Sekumpulan gorila di Zoo San Diego semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19.
India mengekalkan larangannya ke atas aplikasi video TikTok dan 58 lagi aplikasi lain dari China selepas mengambil kira maklum balas daripada syarikat-syarikat berkenaan tentang isu pematuhan dan privasi, lapor Reuters.
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menuduh negara-negara kaya mengamalkan 'nasionalisme vaksin'.
MISI pasukan khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Wuhan, China terus undang kontroversi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami