ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.

1. Penduduk Wuhan memperingati kematian Dr Li Wenliang, pendedah maklumat COVID-19 terawal

Setahun selepas meninggal dunia, penduduk di bandar Wuhan memperingati pemergian Dr Li Wenliang yang terkorban akibat COVID-19 pada 7 Februari 2020.

2. COVID-19: Thailand laksana strategi khas kawal penularan di kilang

Thailand melaksanakan strategi khas bagi mengekang penyebaran virus COVID-19 di kilang-kilang di Samut Sakhon, pusat penularan terkini pandemik itu negara berkenaan.

3. Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan

Sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini menghitung hari sebelum kapal angkasa pertama mereka yang digelar sebagai misi ‘Hope’ kini menghampiri planet Marikh.

4. Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar

Sekitar dua minggu lalu tular dalam media sosial mendakwa Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida memanggil para ulama Islam negara itu bagi membacakan doa untuk menolak bala virus COVID-19.

5. Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali

Seorang lelaki di Aceh, Indonesia yang didapati bersalah melakukan hubungan sulit luar nikah, pengsan sewaktu hukuman sebat 100 kali dijalankan ke atasnya oleh pihak berkuasa daerah, pada Jumaat.

6. Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui

Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand.

7. Rohingya di Bangladesh takut pulang ke Myanmar

Mengikut ketetapan, proses penghantaran pulang pelarian Rohingya di Bangladesh ke Myanmar akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

8. COVID-19: Jumlah individu divaksin kini melebihi angka jangkitan

Jumlah individu yang sudah menerima vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya satu dos, kini melebihi bilangan kes jangkitan di seluruh dunia.

9. COVID-19: Sekatan pergerakan menyebabkan pemanasan bumi?

Percaya atau tidak, sekatan pergerakan serta pengurangan aktiviti sosial di seluruh dunia disebabkan pandemik COVID-19 telah menyumbang kepada peningkatan suhu bumi.

10. Vaksin COVID-19: AstraZeneca didakwa berkesan terhadap varian baharu UK

Vaksin dibangunkan Oxford University, AstraZeneca dilaporkan mampu megatasi jangkitan varian baharu COVID-19 United Kingdom (UK).