ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 12 Januari 2022.

1. Untuk mohon warganegara Thailand, warga asing perlu lulus ujian bahasa

Permohonan menjadi warganegara Thailand kini lebih sukar dan mahal.

2. Dua anak Presiden Jokowi dilapor ke KPK, didakwa rasuah bakar hutan secara haram

Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep mencuri perhatian rakyat Indonesia apabila dipanggil Komisi Pencegahan Rasuah (KPK) selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram.

3. Isu alam sekitar dominasi senarai 10 Risiko Global 2022 - WEF

DUA tahun selepas kes pertama COVID-19, kebanyakan negara melaporkan peningkatan kes jangkitan akibat penularan varian Omicron.

4. Pergolakan di Kazakhstan: Rakyat dan pelaburan Malaysia selamat - Duta

Keadaan di Kazakhstan kini stabil selepas berlaku pergolakan besar minggu lalu dan kerajaannya memberi jaminan terhadap keselamatan dan perlindungan pelaburan Malaysia bernilai US$1 bilion di negara Asia Tengah itu.

5. Kes bunuh pensyarah Palestin: Bukit Aman tunggu maklumat Interpol, Kedutaan Palestin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018.

6. Dos penggalak mungkin tidak mencukupi - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

7. Degil, enggan divaksin? Anda wajib bayar cukai!

Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.

8. COVID-19: Lapan minggu lagi, separuh benua Eropah akan dijangkiti - WHO

Dalam masa enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.

9. Anugerah Oscars kembali dengan hos selepas 4 tahun

Anugerah Akademi ke-94 akan kembali menampilkan hos bagi malam kemuncak anugerahnya buat kali pertama sejak 2018.

10. Kanye West rancang lawat Rusia, bertemu Putin, adakan persembahan

Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaannya di negara itu.