ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 Februari 2022.
1. Rusia arah tentera pulang ke pangkalan, sifatkan ia 'latihan' semata-mata
Unit tentera di selatan dan barat Rusia kini dikerah kembali semula ke pangkalan selepas menjalani latihan ketenteraan. Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan media pada Selasa.
2. Kedutaan India di Kiev gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine
Selain itu, kedutaan juga menggesa rakyatnya memaklumkan kehadiran mereka di negara terbabit bagi membolehkan kedutaan menghubungi mereka sekiranya perlu.
3. Sultan Brunei sambut baik rundingan pelaksanaan VTL
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menyambut baik rundingan cadangan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bagi melancarkan semula pergerakan rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia.
4. Pentagon, Ketua NATO bincang interaksi diplomatik terkini dengan Rusia
Kedua-dua pemimpin membincangkan penglibatan diplomatik baru-baru ini dengan Rusia dan keperluan untuk Rusia meredakan ketegangan.
5. Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera sementara pengembara dari Filipina dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.
6. Ekonomi kian meruncing meskipun keselamatan di Afghanistan pulih
Peristiwa pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dan Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan pada Ogos 2021 menyaksikan peperangan di Afghanistan berakhir - suatu perkembangan yang disambut baik rakyatnya.
7. Bekas jurutera Tentera Laut AS mengaku bersalah cuba jual maklumat sulit kapal selam
ekas jurutera Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) Jonathan Toebbe pada Isnin mengaku bersalah atas tuduhan cuba menjual maklumat sulit berhubung kapal selam nuklear serta mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup.
8. Korea Selatan siap siaga polisi minimumkan kesan krisis Ukraine
Korea Selatan siap siaga pelbagai dasar bagi meminimumkan kejatuhan ekonomi akibat krisis Ukraine dan mengurangkan turun naik pasaran berikutan ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia semakin memuncak di rantau itu.
9. Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di Kemboja
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) pada 16 hingga 17 Feb di Phnom Penh, Kemboja.
10. AS nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Korea Selatan
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko "sangat tinggi", termasuk lima negara dan wilayah lain - Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon.