ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 September 2022.

1. Mengenang Samy Vellu: PM India Narenda Modi zahir rasa sedih, ucap takziah

Modi berkata, Samy Vellu merupakan penerima Pravasi Bharatiya Samman yang pertama di Malaysia.

2. Kemangkatan Ratu Elizabeth II: William, Harry beriringan ke Westminster Hall

Meskipun pernah dilaporkan tidak sependapat sebelum ini, Putera William dan adiknya, Putera Harry kembali bersatu apabila berjalan beriringan berarak menuju ke Westminster Hall.

3. Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlibat nahas jalan raya di Kyiv

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kyiv pada Khamis, tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

4. Mayat dua beradik dalam beg, ibu ditahan

Seorang wanita ditahan di Ulsan, Korea Selatan susulan kes pembunuhan dua anaknya yang mayat mereka ditemukan dalam beg pakaian terbiar di New Zealand bulan lalu.

5. Ukraine eksport 3.1 juta tan produk pertanian

Kira-kira 3.1 juta tan produk pertanian dieksport dari Ukraine sejak perjanjian mengenai keselamatan pengangkutan bahan pertanian dimeterai oleh Ukraine, Turkiye, Rusia dan PBB.

6. Pemegang saham Twitter lulus perjanjian Elon Musk AS$44 bilion

Ini bermakna, Twitter akan mendesak Elon Musk untuk memuktamadkan pembelian platform itu dengan menggunakan mahkamah.

7. Biden umum AS$900 juta bajet infrastruktur pengecas kereta elektrik

Biden mempamerkan usaha pentadbirannya dengan mempromosikan kenderaan elektrik semasa lawatannya ke pameran kereta Detroit.

8. Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim

Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.

9. Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19

Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19.

10. Pengawal diraja rebah ketika majlis penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II

Seorang pengawal diraja yang bertugas di sebelah keranda Ratu Elizabeth II dilihat jatuh tersembam ke lantai dengan polis bergegas membantunya.