ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Oktober 2022.
1. Tragedi Stadium Kanjuruhan: Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas
Ketua Polis Malang dipecat, manakala sembilan pegawai elit polis digantung tugas berkuat kuasa Isnin berhubung tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang Jawa Timur pada Sabtu, yang mengorbankan 125 nyawa dan mencederakan 323 mangsa.
2. Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun, penduduk diarah berlindung
Korea Utara dilapor melancarkan peluru berpandu yang dikesan melintasi ruang udara Jepun pada Selasa.
3. Israel-Palestin | Israel bunuh 2 remaja Palestin, mogok berterusan
Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa operasi berhampiran Ramallah di tebing barat, di mana ia adalah wilayah yang diduduki Zionis.
4. Rusuhan Penjara | 15 banduan maut, lebih 20 cedera
15 banduan maut dalam rusuhan di penjara terbesar di Latacunga, Ecuador.
5. Angka kematian letupan bunuh diri Afghanistan meningkat 53 - UNAMA
Angka kematian akibat kejadian pengeboman bunuh diri di pinggir barat bandar Kabul kini mencecah 53 orang pada Jumaat, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) pada Isnin.
6. Konflik Somalia | Insiden letupan korbankan 12 orang
Sekurang-kurangnya 12 maut susulan dua letupan bom yang meyasarkan ibu pejabat kerajaan tempatan di ibu kota wilayah Hiran, Somalia.
7. Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis langgar undang-undang antarabangsa - PM Palestin
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "adalah melanggar undang-undang antarabangsa,".
8. PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berjanji pada Isnin untuk memulihkan industri pelancongan negara pasca pandemik dengan menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
9. 3 mati, 17 hilang bot Rohingya menuju Malaysia karam di Bangladesh
Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 17 lagi hilang selepas bot yang membawa berpuluh-puluh orang, kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Bengal di luar pantai daerah Cox's Bazar, Bangladesh pada pagi Selasa.
10. Ahli genetik Sweden menang Hadiah Nobel perubatan atas penemuan evolusi manusia
Ahli genetik Sweden Svante Paabo dianugerah Hadiah Nobel 2022 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin, hasil penemuannya dalam bidang evolusi manusia.
Astro Awani
Tue Oct 04 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.