Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Julai 2023.

1. Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu

Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

2. Elon Musk umum xAI, pencabar baharu teknologi kecerdasan buatan

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada Rabu mengumumkan kemunculan syarikat kecerdasan buatan baharu, xAI.

3. Kajian temui penularan COVID-19 daripada rusa kepada manusia

Satu kajian baharu mendapati berlaku penularan SARS-CoV-2 daripada rusa kepada manusia hasil analisis sampel yang diambil daripada haiwan itu, lapor Xinhua.

4. India, Britain catat kemajuan dalam rundingan perdagangan bebas

India dan Britain mencapai kemajuan dalam isu penting dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala.

5. WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia, lapor Sputnik.

6. Rusia sedia bekerjasama dengan China, Indonesia dalam keterjaminan makanan dan tenaga

Rusia mengesahkan pada Rabu mengenai kesediaannya untuk menyelaras usaha mengenai keterjaminan makanan dan tenaga dengan China dan Indonesia.

7. Korea Utara lancar peluru berpandu ketika pemimpin Jepun, Korea Selatan hadir sidang NATO

Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) di luar pantai timurnya pada Rabu.

8. Banjir: Ratusan terpaksa berpindah di New Delhi susulan hujan lebat

Ratusan penduduk di New Delhi, India terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat berterusan yang mengundang risiko banjir apabila paras air sungai meningkat.

9. Penyampai berita BBC terheret skandal gambar lucah, isteri sahkan Huw Edwards ada masalah mental

Seorang personaliti televisyen terkemuka Britain, Huw Edwards, telah dikenal pasti oleh isterinya sebagai penyampai berita BBC yang menghadapi dakwaan membayar seorang anak muda beribu-ribu pound untuk gambar seksual yang eksplisit.

10. Surat mengandungi 'jari manusia' dikirim ke Istana Elysee Paris - Laporan

Sepucuk surat mengandungi 'jari manusia' yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, pada 14 Julai, lapor Sputnik memetik media Perancis pada Rabu.