awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2023
15:45 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 September 2023.
1. 12 orang Islam AS dalam pemantauan FBI saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 orang Islam Amerika, termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman pada Isnin bagi mengeluarkan nama mereka daripada senarai pemantauan rahsia FBI.
2. Anak 'El Chapo' mengaku tidak bersalah atas dakwaan pemerdagangan dadah di AS
Ovidio Guzman Lopez mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengedaran dadah pada Isnin semasa perbicaraan ringkas di bawah kawalan ketat di mahkamah persekutuan Chicago.
3. Isu perang jadi tumpuan apabila Biden, Zelenskyy berucap pada UNGA
Joe Biden dan Volodymyr Zelenskyy akan berucap kepada pemimpin dunia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) minggu ini.
4. Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal
Indonesia bukan sahaja mahu menjadi negara yang menetapkan piawaian pensijilan halal, bahkan menjadi hab pengeluaran halal global, kata Naib Presiden Ma'ruf Amin.
5. 6 terbunuh dalam serangan di lapangan terbang di Kurdish, Iraq
Serangan bom yang menyasarkan sebuah lapangan terbang di wilayah separa autonomi Kurdistan Iraq pada Isnin, membunuh enam orang dan mencederakan seorang yang lain.
6. Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
7. Turki tidak perlukan bantuan, sokongan EU - Erdogan
"Kami tidak pernah bergantung pada sumbangan atau sokongan daripada EU dan nyata kami tidak perlukannya," kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
8. Bekas pelajar didakwa tikam penuntut universiti
Seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa atas beberapa pertuduhan kerana menikam penuntut ANU dalam kejadian pada Isnin.
10. Kanada dakwa India terlibat dalam pembunuhan pemimpin Sikh, pecat diplomat India
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin masyarakat Sikh yang berasal dari India, memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Volodymyr Zelenskyy
#Recep Tayyip Erdogan
#berita antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan