ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Disember 2023.


1. Undian UNSC mengenai Gaza ditangguhkan untuk kali kedua

Undian mengenai draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa agar serangan di Gaza dihentikan untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan, ditangguhkan pada Selasa untuk kali kedua berturut-turut.



2. 2023 berakhir sebagai tahun paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel - PBB

Koordinator Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland berkata, 2023 yang akan melabuhkan tirainya sebagai satu daripada tahun yang menyaksikan paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel.


3. Presiden Jokowi lancar pembinaan hospital di Nusantara

Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada Rabu, merasmikan pembinaan Central General Hospital di tapak pembangunan Nusantara di Penajam Paser Utara, Provinsi Kalimantan Timur.


4. Itali kerah kapal perang ke Laut Merah lindungi kapal komersial

Itali akan menghantar kapal perang ke Laut Merah berikutan beberapa kapal komersial dilaporkan diserang, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita ANSA.


5. Korban banjir di Kenya meningkat kepada 174 orang

Jumlah korban akibat hujan lebat dan banjir kilat di Kenya mencecah 174 orang, lapor Xinhua.


6. Peru rampas 4,000 spesimen penyu hidup

Pihak berkuasa Peru merampas lebih 4,000 spesimen penyu hidup yang menuju ke Indonesia.


7. Zelenskyy yakin AS tidak akan 'mengkhianati' Ukraine

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan keyakinan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Barat lain akan terus menyokong Ukraine dalam perjuangannya menangkis pencerobohan Rusia.


8. Undang-undang imigresen: Menteri Kesihatan Perancis letak jawatan

Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau telah mengemukakan peletakan jawatannya berikutan kelulusan undang-undang imigresen yang kontroversi di Parlimen, lapor media Perancis pada Selasa.


9. Colorado putuskan Trump hilang kelayakan pegang jawatan Presiden AS

Mahkamah Agung Colorado telah menarik balik nama Donald Trump daripada kertas undian Presiden 2024, dengan merujuk kepada klausa pemberontakan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).


10. Israel musnah monumen ikonik Perang Gaza 2014

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan video menunjukkan mereka merobohkan monumen ikonik yang dibina penduduk Gaza bagi memperingati kekejaman Zionis ketika Perang Gaza pada tahun 2014.