WELLINGTON: Chris Hipkins bersedia untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai ketua Parti Buruh dan Perdana Menteri New Zealand yang baharu.

Hipkins menjadi satu-satunya calon yang dinamakan untuk jawatan itu dan ia disahkan Parti Buruh dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Hipkins dijangka disahkan sebagai pemimpin baharu oleh mesyuarat 64 Ahli Parlimen Buruh atau kaukus, pada Ahad.

Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.

Hipkins menjadi terkenal selepas menjadi muka hadapan kerajaan New Zealand semasa penularan COVID-19 apabila dilantik sebagai menteri untuk menguruskan wabak itu pada November 2020.

Ketika ini Hipkins ialah menteri untuk polis, pendidikan, perkhidmatan awam dan berkhidmat sebagai ketua dewan.