NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada malam Sabtu memberi amaran akan mengadakan protes jalanan di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari akan datang jika kerajaan tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum baharu.
Imran berkata lawannya "enggan" mengadakan pilihan raya kerana bimbang berdepan kekalahan.
"Jika mereka tidak bersedia mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, maka orang ramai bersedia untuk turun ke jalan dan mengadakan bantahan secara aman.
"Kami akan memaksa mereka untuk mengadakan pilihan raya," katanya pada perhimpunan parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) di bandar Gujranwala di wilayah Punjab.
Perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir yang dianjurkan secara besar-besaran oleh PTI selama tiga minggu untuk menuntut "haqeeqi azadi" (kebebasan sebenar).
Demonstrasi turut diadakan di beberapa bandar, termasuk Karachi, Peshawar, Lahore dan Islamabad, pada petang Sabtu sebagai solidariti bersama bekas perdana menteri itu.
Sejak kerajaannya digulingkan pada April dalam undi tidak percaya di parlimen, Imran telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara.
Partinya memenangi pilihan raya kecil di Punjab pada Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Anggota polis menghalang orang ramai yang mengadakan demostrasi bagi menyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan di Islamabad. - Foto REUTERS
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.
Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan
Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
Penyokong parti Jamaat-e-Islami protes bantah keputusan lewat di Karachi
Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.
Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya
Imran yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.
Penduduk Lahore rai kemenangan dua pemimpin
Dua bekas Perdana Menteri Pakistan dan pesaingnya Nawaz Sharif dan Imran Khan mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya meskipun dicemari penangguhan keputusan dan serangan militan pada Jumaat.
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan.
Pilihan raya Pakistan: Imran Khan tunai tanggungjawab, pengundi 'banjiri' pusat pengundian
Bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan menunaikan tanggungjawab mengundi secara pos pada Khamis.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Imran Khan, isteri dipenjara tujuh tahun akibat berkahwin secara tidak sah
Bushra dituduh tidak menyempurnakan tempoh 'edah' selepas bercerai dengan suaminya yang terdahulu dan berkahwin dengan bekas PM Pakistan.
Imran Khan, isteri dihukum penjara 14 tahun babitkan kes hadiah negara
Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman pejara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.