PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa menghalang sebarang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
Sumber Palestin berkata, Netanyahu enggan menghentikan pencerobohan ke atas Gaza atau berundur dari kawasan itu.
Malah, Netanyahu juga dikatakan menolak kepulangan penduduk yang dipindahkan ke utara Gaza atau terlibat dalam mana-mana perjanjian pertukaran tebusan banduan sebenar.
Menurut sumber itu, pengantara Mesir dan Qatar kecewa dengan percubaan Netanyahu untuk mengganggu sebarang perjanjian.
Sumber itu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Anadolu bahawa pendirian dan tindak balas Israel terhadap pengantara adalah negatif dan menimbulkan banyak halangan.
Qatar sebelum ini menuduh Netanyahu cuba memanjangkan perang di Semenanjung Gaza.
Selasa lalu, ketua Hamas, Ismail Haniyeh berada di Mesir untuk perbincangan mengenai serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Lawatan Haniyeh ke Mesir berlaku di tengah-tengah percubaan oleh Netanyahu untuk mengelak daripada sebarang perjanjian.
Hamas menuntut serangan Israel di Gaza dihentikan sebagai balasan kepada sebarang perjanjian tebusan dengan Israel.
Kumpulan pejuang Islam itu dipercayai menahan lebih 130 tebusan Israel selepas melakukan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel.
Israel sejak itu telah menyerang Semenanjung Gaza secara berterusan menyebabkan hampir 29,195 terbunuh dan kira-kira 69,170 cedera dengan kemusnahan besar-besaran.
Astro Awani
Wed Feb 21 2024
Netanyahu juga dikatakan menolak kepulangan penduduk yang dipindahkan ke utara Gaza atau terlibat dalam mana-mana perjanjian pertukaran tebusan banduan sebenar. - Foto fail/AP
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Netanyahu berkata, tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf Palestin tidak akan menghalang Israel memenangi perang di Gaza.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.