SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Muhyiddin lantik 4 menteri kanan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik empat Menteri Kanan bagi membantu dalam penyelarasan hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang utama dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.
Ini senarai lengkap Kabinet baharu Malaysia.
Berita berkaitan:
- Tiada keperluan lantik TPM - PM
- Hishammuddin mohon rakyat beri peluang dan doa
- Saya tekad beri perkhidmatan terbaik demi negara - Tengku Zafrul
- Azmin dilantik menteri kanan
- Ismail Sabri bawa pengalaman luas dalam pentadbiran Muhyiddin
- Dulu Menteri Luar, Saifuddin kini Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Dr Adham Baba terajui Kementerian Kesihatan
- Zuraida sekali lagi terajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Tan Sri Annuar Musa dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
- Alexander Nanta Linggi terajui KPDNHEP
- Fadillah dilantik semula Menteri Kerja Raya
- Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
- Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet
- Saravanan dilantik menteri setelah dua penggal sebagai Timbalan Menteri
- Takiyuddin dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- 4 pemimpin ini jadi suara anak Sarawak di peringkat Pusat
2. Ahli Jemaah Menteri, senator angkat sumpah hari ini
Kesemua ahli Jemaah Menteri yang dilantik dijadualkan akan meneruskan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata istiadat tersebut akan diadakan di Istana Melawati, Putrajaya pada jam 3 petang.
Sementara itu, Majlis Angkat Sumpah kesemua enam Ahli Dewan Negara susulan pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan berlangsung hari ini jam 10 pagi.
Enam individu bakal dilantik sebagai Senator bagi membolehkan mereka mengisi barisan Kabinet gabungan baharu yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelantikan itu melibatkan dua individu bukan ahli politik yang menyaksikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Selain Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut tersenarai memegang jawatan Menteri Kewangan.
Empat lagi individu yang tersenarai bagi menjawat jawatan timbalan menteri adalah Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan I); Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar); dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).
3. Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak, Sulaiman dilantik KM Melaka
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi ini.
Menurutnya, ia sejajar dengan perkembangan politik yang berlaku di Perak sekarang.
Terdahulu, Kerajaan negeri Perak berubah selepas 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju membentuk kerajaan baharu.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad Faizal yang berkata, kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), Pas (tiga kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (empat kerusi).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Md Ali, 55, pada Isnin dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri.
4. Terkini COVID-19
Orang ramai kini boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke hospital, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, pengambilan sampel itu akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih dan sampel tersebut kemudian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.
KKM, dalam pada itu, mengesahkan dua individu yang disahkan positif COVID-19 berada dalam keadaan kritikal.
Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Dalam perkembangan berkaitan, Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar Chidambaram berkata ini bagi memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.
5. Perlawanan Serie A digantung
Perlawanan Serie A Itali digantung hingga 3 April susulan kebimbangan penularan COVID-19.
Aksi liga itu sebelum ini berlangsung dalam keadaan tertutup.
Penggantungan itu adalah untuk mengelak perhimpunan umum.
Astro Awani
Mon Mar 09 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.