KUALA LUMPUR: Kaji selidik oleh Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) mengenai impak daripada sekatan semasa menunjukkan 91 peratus daripada perniagaan runcit melaporkan jualan merosot untuk tempoh Januari hingga Jun 2021.
Presidennya, Shirley Tay berkata kaji selidik itu dijalankan pada Jun dalam kalangan 450 ahli persatuannya untuk membandingkan angka jualan bagi tempoh enam bulan pertama pada 2020 dan 2021.
"Sebanyak 45 peratus daripada responden menyatakan mereka mencatatkan kemerosotan jualan lebih 30 peratus manakala 55 peratus menyatakan mereka perlu mengurangkan operasi runcit mereka manakala 21 peratus terpaksa menutup sehingga enam rangkaian dan cawangan.
"Sebanyak 40 peratus daripada ahli kami melaporkan bahawa mereka terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja dan apabila kami membuat penjadualan, adalah selamat untuk menyatakan bahawa kemungkinan lebih 50,000 pekerja runcit telah diberhentikan setakat ini," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Tay berkata sebanyak 97 peratus daripada responden runcit melaporkan bahawa mereka hanya mempunyai 4.5 bulan nilai aliran tunai untuk mengekalkan operasi mereka berikutan jualan merosot.
"Ramai ahli kami terjejas teruk oleh pandemik ini, sebahagiannya tidak dapat bertahan lebih tiga bulan dengan kedudukan aliran tunai semasa mereka," katanya.
Sementara itu, MRCA bersama Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) bekerjasama untuk mengumpul dana kecemasan bagi membeli bekalan makanan keperluan untuk mereka yang terjejas oleh pandemik.
Kerjasama itu menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 bagi membantu menyediakan kotak makanan kepada lebih 10,000 keluarga di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.
"Setakat ini, kotak makanan tersebut telah diberikan kepada 2,000 keluarga di sembilan lokasi agihan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan lebih banyak lokasi kini sedang dimuktamadkan untuk pengagihan yang seterusnya.
"Kami yakin kerjasama ini dengan DSAM sekurang-kurangnya akan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik kerana setiap sumbangan akan dapat mengurangkan kesukaran rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Kaji selidik MRCA menunjukkan 91 peratus daripada perniagaan runcit melaporkan jualan merosot untuk tempoh Januari hingga Jun 2021. - Gambar hiasan/BERNAMA
Li Jane raih emas kejohanan boling siri jelajah PWBA
Pemain boling wanita negara Sin Li Jane meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Majlis penghormatan terakhir mendiang Mutang Tagal
Jasad yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mutang Tagal dibawa ke Gereja Bem, Jalan Airport Miri bagi upacara penghormatan terakhir.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
66 peratus rakyat Malaysia bantah kenaikan SST - Kaji selidik UCSI
Kaji selidik dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mendapati 66 peratus rakyat Malaysia menentang kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Petronas petakan potensi hidrokarbon berhampiran Lembangan Langkasuka
Kaji selidik yang sedang dijalankan itu telah dimulakan pada Oktober 2023 dan dijangka tamat pada akhir Disember tahun ini.
PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.
Terdapat peningkatan sokongan terhadap PH-BN di Kedah dan Kelantan - Rafizi
Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 42 peratus pilih PH, 33 peratus pilih PN - EMGC
Dapatan kaji selidik itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional sementara satu peratus memilih MUDA.
#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Setakat Jumaat jam 7.48 malam, kaji selidik menunjukkan, daripada sejumlah 146 responden, 53 peratus memilih prasekolah kerajaan.
10 fakta penting mengenai penggunaan AI dalam organisasi
AI Generatif sedang mengubah paradigma, dan risiko sekitar kes penggunaan tertentu akan terus timbul.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat gesa segera selesai lima isu utama - Kaji selidik
Seramai 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera.
"Kalau nak popular, baik saya masuk Gegar Vaganza" - Rafizi Ramli
Kata Rafizi, sebagai Menteri Ekonomi, tugas beliau ialah memperbaiki struktur, bukannya mengejar populariti.