KUALA LUMPUR: Malaysia terus mara ke hadapan dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, hari ini.
Pada perlawanan di Pusat Pameran Dubai itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching memastikan mata pertama diperoleh, selepas mudah menewaskan Aisha Zhumabek 21-6 dan 21-13 dalam tempoh 21 minit.
Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao kemudian melebarkan jurang mata 2-0 ke atas pasukan lawan, selepas memenangi perlawanan perseorangan lelaki menewaskan Dmitriy Panarin 21-12 dan 21-16.
Mata ketiga buat negara terus dikutip menerusi beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, selepas menundukkan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova 21-7 dan 21-7, dalam tempoh 19 minit.
Malaysia kian selesa dengan meraih mata keempat dan kelima masing-masing menerusi beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov 21-5 dan 21-17 diikuti beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek 21-9 dan 21-10.
Malaysia bakal berdepan India bagi perlawanan penentuan juara peringkat Kumpulan B esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov 21-5 dan 21-17. - Gambar fail/Facebook BAM
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Kurang sihat namun Tze Yong dijangka beraksi pada All England - Hendrawan
Pemain itu batuk berpanjangan hampir sebulan sehingga menyebabkan terlepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia buat seketika.
Jangan hilang keyakinan diri, fokus Piala Sudirman - Chong Wei
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahu pemain badminton negara tidak hilang keyakinan dengan prestasi masing-masing.
BAMTC: Skuad 'back-up' China tewaskan Malaysia 3-2
Malaysia sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di suku akhir BAMTC apabila skuad negara tewas 3-2 kepada skuad 'back-up' China.
BAMTC: Tewas pada India, Malaysia naib juara Kumpulan B
Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke suku akhir manakala empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman.
BAMTC: Malaysia benam Kazakhstan 5-0
Malaysia terus mara ke hadapan dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BAMTC: Malaysia garang tundukkan UAE
Lee Zii Jia mengutip mata pertama buat negara selepas mudah menewaskan Bharath Latheesh straight set 21-12, 21-15.
BAMTC: Kurangkan kebergantungan kepada Zii Jia
Pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan.
BAMTC: BAM sasar mara ke separuh akhir
Jones juga berharap untuk melihat skuad negara mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE.
BAM akan ketengah pemain kebangsaan, profesional pada Kejohanan BAMTC, Piala Sudirman
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar gabungan pemain kebangsaan dan profesional untuk bertanding dalam dua kejohanan bagi acara berpasukan campuran tahun ini.