KUALA LUMPUR: Seramai 28,287 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan bantuan wang ihsan (BWI) setakat pukul 12 tengah hari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitternya pada pukul 12.47 tengah hari tadi.


Beliau dalam masa sama meminta individu yang masih belum mendaftar atau mendapat manfaat itu supaya menghubungi pegawai daerah di kawasan masing-masing untuk bantuan segera.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan, bantuan BWI untuk mangsa banjir ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap ketua isi rumah  yang terjejas akibat bencana itu.
[LAPOR LANGSUNG] MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri