ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Oktober 2022.

1. Tragedi Stadium Kanjuruhan: Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas

Ketua Polis Malang dipecat, manakala sembilan pegawai elit polis digantung tugas berkuat kuasa Isnin berhubung tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang Jawa Timur pada Sabtu, yang mengorbankan 125 nyawa dan mencederakan 323 mangsa.

2. Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun, penduduk diarah berlindung

Korea Utara dilapor melancarkan peluru berpandu yang dikesan melintasi ruang udara Jepun pada Selasa.

3. Israel-Palestin | Israel bunuh 2 remaja Palestin, mogok berterusan

Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa operasi berhampiran Ramallah di tebing barat, di mana ia adalah wilayah yang diduduki Zionis.

4. Rusuhan Penjara | 15 banduan maut, lebih 20 cedera

15 banduan maut dalam rusuhan di penjara terbesar di Latacunga, Ecuador.

5. Angka kematian letupan bunuh diri Afghanistan meningkat 53 - UNAMA

Angka kematian akibat kejadian pengeboman bunuh diri di pinggir barat bandar Kabul kini mencecah 53 orang pada Jumaat, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) pada Isnin.

6. Konflik Somalia | Insiden letupan korbankan 12 orang

Sekurang-kurangnya 12 maut susulan dua letupan bom yang meyasarkan ibu pejabat kerajaan tempatan di ibu kota wilayah Hiran, Somalia.

7. Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis langgar undang-undang antarabangsa - PM Palestin

Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "adalah melanggar undang-undang antarabangsa,".

8. PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berjanji pada Isnin untuk memulihkan industri pelancongan negara pasca pandemik dengan menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.

9. 3 mati, 17 hilang bot Rohingya menuju Malaysia karam di Bangladesh

Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 17 lagi hilang selepas bot yang membawa berpuluh-puluh orang, kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Bengal di luar pantai daerah Cox's Bazar, Bangladesh pada pagi Selasa.

10. Ahli genetik Sweden menang Hadiah Nobel perubatan atas penemuan evolusi manusia

Ahli genetik Sweden Svante Paabo dianugerah Hadiah Nobel 2022 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin, hasil penemuannya dalam bidang evolusi manusia.