ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 September 2026.
1. Tabung Haji: “Pertuduhan ini tidak benar, saya mohon dibicarakan” - Azeez Rahim
“Pertuduhan ini tidak benar sama sekali. Saya mohon dibicarakan.” Demikian kata bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
2. Azeez Rahim direman dua hari bantu siasatan kes tipu berkaitan hibah
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.
3. UMNO perlu amal prinsip politik inklusif, tidak singgung kaum lain - Mohamad Hasan
UMNO perlu mengamalkan prinsip politik yang tidak menyinggung mana-mana kaum, termasuk masyarakat di Sabah dan Sarawak, sekiranya mahu menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi pilihan raya.
4. Nahas helikopter Ulu Baram: Kebenaran terbang bukan bidang kuasa KKM - Ketua Pengarah
Kebenaran penerbangan helikopter yang membawa petugas Perkhidmatan Doktor Udara, yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
5. MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi, buat laporan polis
Menurut beliau, dokumen berkenaan ditandatangani tanpa kerelaannya dan laporan polis berhubung perkara berkenaan juga telah dibuat.
6. Abdul Azeez pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri - SPRM
Abdul Azeez telah dinasihatkan oleh pegawai SPRM dan polis pengiring serta peguam bela beliau sendiri supaya menukar kepada pakaian biasa selain tidak perlu digari.
7. Nahas helikopter Ulu Baram: Semua lima mangsa terkorban, jasad dalam keadaan rentung - Polis
Kesemua jasad mangsa telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diterbangkan dari Long Lellang ke Miri untuk tujuan bedah siasat serta proses berkaitan.
8. Dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasi perlu disahkan peguam
Dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa kerelaan dan di bawah paksaan wajar disahkan oleh peguam yang hadir semasa proses berkenaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
9. Bayaran haji jemaah B40 kekal RM15,000 bagi musim 1448H/2027M
Kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) bagi musim 1448H/2027M kekal RM15,000 seorang, manakala Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dikekalkan pada RM18,300 atau 55 peratus daripada kos keseluruhan.
10. AIM25: Siti Nurhaliza dominasi dengan 14 pencalonan, Gema Bumantara antara nadi utama
BIDUANITA NEGARA, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 dengan menerima sebanyak 14 pencalonan.