MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 September 2020.
Majlis Senator Malaysia hari ini menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua petugas Kementerian kesihatan Malaysia KKM agar mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kadar jangkitan dalam kalangan mereka semakin meningkat ketika ini.
Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan ditahan bagi membantu siasatan susulan penularan satu rakaman video seorang penghuni asrama dibelasah pada Rabu.
Sarawak kembali mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 pada Rabu membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di Singapura.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) belum mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-dagang.
Kementerian Kesihatan (KKM ) merekodkan 24 lagi kes baharu COVID-19 pada Rabu dengan 13 daripadanya membabitkan Kluster Sungai di Kedah.
Datuk Rizal Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau berpandangan warga perkhidmatan awam takut kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sebagai isteri perdana menteri yang garang dan boleh mempengaruhi perdana menteri untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Jemaah Menteri mengesahkan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.
Lebih 53 peratus daripada 221 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa (8 September) adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam.
Sabah merupakan antara penerima faedah terbesar di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri berkenaan dari 2020 sehingga 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami