ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 11 September 2020.

1) COVID-19: Jumlah melonjak, 182 kes baharu dilaporkan hari ini

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kembali meningkat kepada tiga digit dengan 182 kes dilaporkan sejak 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah itu, 181 merupakan kes tempatan dan satu kes import.

2) Kluster Benteng catat 167 jangkitan baharu: Ini tumpuan kenyataan media KKM

Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 182 kes melibatkan 181 kes tempatan dan satu kes import.

3) PKPD: Polis akan cari individu lari dari Kota Setar - Ismail Sabri

Pihak polis akan mengesan penduduk Kota Setar yang melarikan diri atau tidak pulang ke kawasan itu selepas mendengar pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan.

4) Bersosial di kelab malam dan pelacuran, ini lima perkara penting kenyataan akhbar Ismail Sabri

Hari ke 93 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan majoriti individu yang ditahan, berkait dengan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal, kelab malam dan pub, serta aktiviti pelacuran.

5) PRN Sabah: Pas tidak bertanding, fokus permuafakatan dan PRU-15

Pas membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat demi memelihara permuafakatan bersama rakan sekutunya.

6) PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon

Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

7) Niat jemur bayi elak 'demam kuning', sudahnya tangan putus digigit anjing

Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.

8) Anak pukul ibu bapa dengan kayu hanya kerana ditegur buat bising

Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki tergamak memukul ibu bapa serta adik perempuannya menggunakan sebatang kayu sehingga cedera.

9) Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra

Sebagai menghormati pemergian Sandra Dianne ke rahmahtullah, stesen penyiar Astro membuat keputusan untuk menangguhkan konsert mingguan kelima Big Stage 2020 pada Ahad ini.

10) Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah dakwaan lupus tanah RM208.8 juta

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dua pertuduhan iaitu melupuskan dua tanah lot milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta kepada syarikat pemaju pada 2015 dan 2017.