ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 11 November 2020.
1) COVID-19: Tidak timbul isu takut mati, KP Kesihatan jawab tuduhan
Tidak timbul isu takut mati kerana kematian boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau yang menjawab dakwaan tidak turun padang yang dilemparkan terhadapnya, menjelaskan pengurusan COVID-19 di Sabah telah dirancang sebaik mungkin dengan matlamat utama bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik dan menurunkan kadar kematian.
2) Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Ketidakhadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan dua timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah mendapat perhatian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
3) Jamal Abdillah timang anak keempat pada 11.11.2020
Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah meraikan satu lagi saat gembira apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.
Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.
4) LRA Rantau Panjang, SSP 1, 2 dan 3 beroperasi semula - Amirudin
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi semula pada pukul 4 pagi ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia susulan bacaan kadar pencemaran di sungai berkenaan telah berada pada kadar 0 TON dan ia dicapai sehanyak tiga kali.
5) COVID-19: 822 kes baharu, 2 kematian direkodkan hari ini
Sebanyak 822 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 42,872 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara.
6) Gara-gara kenyataan 'KP Kesihatan takut mati', Dewan Rakyat jadi medan bertikam lidah
Sidang perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 hari ini kecoh, dan bertukar menjadi medan jeritan, apabila Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati.
Ketika membahaskan Belanjawan 2021, Tiong mendakwa Dr Noor Hisham tidak berani turun ke Sabah, tatkala negeri itu mengalami kesan paling teruk akibat gelombang ketiga COVID-19.
7) Kerajaan diminta sediakan data, peranti untuk mudahkan pembelajaran dari rumah
Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 diminta menggunakan sebahagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar dalam usaha membantu mereka dari segi ketersambungan maya.
Pengarah Global School Leaders Malaysia Cheryl Ann Fernando berkata ini akan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka dari rumah dengan lancar seperti yang disarankan Kementerian Pendidikan (KPM).
8) PKPD Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah ditamatkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati tiada lagi kes baharu positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini dalam masa 18 hari terkini.
9) JDT tidak dibenarkan ke Doha untuk saingan ACL
Kerajaan tidak membenarkan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) ke Doha, Qatar bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan pintu sempadan negara masih ditutup dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara.
10) Piala Malaysia tetap ditangguhkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengekalkan keputusan untuk menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mencegah penularan COVID-19 sama ada di tengah padang atau di lokasi-lokasi lain.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008046/8668162651675557065848_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.

COVID-19 | 202 kes baharu, satu kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 28 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat kembali turun dengan 202 kes dilaporkan, berbanding 340 kes yang dicatatkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, enam adalah kes import.

Kemalangan | Suami isteri maut, anak cedera kereta terbabas di LPT 2
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak cedera selepas kenderaan pelbagai guna , MPV, yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik. Nahas berlaku di kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2, LPT 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 4.00 petang Sabtu.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham
Setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan

Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan
Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.

KKM jangka tiada lonjakan kes COVID-19 semasa musim perayaan
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tidak berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: KKM teliti tujuh indikator sebelum perketat SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya data menunjukkan peningkatan di semua indikator, maka KKM akan melihat tindakan susulan.

COVID-19: Tiada lonjakan kes ekoran kemasukan pengembara dari China - Dr Noor Hisham
Tiada sebarang lonjakan kes COVID-19 dilaporkan berikutan kemasukan pengembara dari China sepanjang tahun lalu.

COVID-19: Tiada varian baharu dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Setakat ini, varian yang dominan di Malaysia adalah Omicron XBB.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.