ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 9 Januari 2021.
1) Fasiliti KKM masih mampu tampung pesakit COVID-19 - Dr Adham
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fasiliti kementerian itu masih mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 di sebalik peningkatan mendadak kes semasa.
Bagaimanapun katanya kementerian akan mengaktifkan semula lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagi menempatkan pesakit berisiko rendah
2) Tidak perlu panik, kerajaan beri masa rakyat bersedia - Ismail Sabri
Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
3) Bapa terkilan tidak tunai pesanan akhir Mohammad Hakimin
"Arwah tidak henti-henti berpesan kepada saya supaya membawa baju Melayu kesayangan, pemberian kakak sulungnya Rabiatul Fitri ke tempat perpindahan," luah Mohd Rahim Mohd Yusof, 53, bapa allahyarham Mohammad Hakimin yang terkorban ketika membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
4) WhatsApp 'Aduan Potholes DBKL' saluran maklumat jalan rosak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai 'Aduan Potholes DBKL' bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.
5) Bayi 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh di Putrajaya
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini semalam.
6) Lapan rumah panjang di Sibu dikenakan sekatan pergerakan, 37 kes positif
Lapan buah rumah panjang di Pasai Siong, Sibu dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari susulan 37 individu di salah sebuah rumah panjang berkenaan disahkan positif COVID-19, semalam.
7) Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
8) COVID-19: 2,451 kes baharu, jumlah kes aktif melebihi 26,000
Malaysia masih mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 yang membimbangkan, dengan 2,451 kes lagi dicatat hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID19 di Malaysia sebanyak 133,559 kes, dengan kes aktif ketika ini adalah 26,185 kes.
9) PKPD di tiga lokasi dilanjutkan sehingga 24 Januari - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Penjara Jelebu, kuarters kakitangan di Negeri Sembilan, Pusat Koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan serta Dewan Arena Segitiga Taman Desa Sejahtera Mukim Kota Tinggi dilanjutkan bermula 11 sehingga 24 Januari 2021.
10) MKT UMNO sudah setuju putus kerjasama dengan Bersatu... - Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.
Astro Awani
Sat Jan 09 2021

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tabung COVID-19 | MB Selangor sumbang gaji sebulan
Selangor mengaktifkan semula tabung bantuan menangani bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan.

PKP | Kerugian Kerajaan dijangka lebih RM600 juta sehari
Kerajaan dijangka mengalami kerugian melebihi RM600 juta sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi enam minggu. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia selepas Kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak selain dijangka berlakunya pelanjutan ke atas perintah tersebut.

Industri Binaan | Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat COVID-19.

Sabotaj Vaksin | Pekerja farmasi dihadapkan ke mahkamah
Seorang pekerja farmasi di Wisconsin, Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas cuba merosakkan bekalan vaksin COVID-19 yang disimpan di sebuah pusat kesihatan di situ. Steven Brandenburg, didakwa sengaja berbuat demikian kerana mempercayai teori konspirasi yang mendakwa vaksin COVID-19 berupaya merencatkan dna manusia.

Darurat | Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu, Gulam Muszaffar yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.

Takziah | Dr Ali meninggal bukan kerana terlampau penat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Serangan Capitol | Tiga suspek pertama didakwa
Tiga individu didakwa susulan serangan terhadap bangunan Capitol di Washington DC pada 6 Januari lalu. Mereka merupakan pendakwaan pertama dalam kalangan 125 orang yang ditahan polis susulan insiden tersebut.

PERMAI: Sabah mahu dapat keutamaan dalam semua inisiatif - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memastikan negeri itu mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej PERMAI untuk mengurangkan impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kerajaan Thailand ancam hukuman berat pada penyebar maklumat palsu
Amaran Prayuth adalah reaksi kepada kritikan yang menyatakan pentadbirannya tidak banyak bertindak untuk mendapatkan jumlah vaksin yang mencukupi.

Kerosakan parkir Taman Negara Kinabalu, laluan Tamparuli-Ranau akan dibaiki segera
Kawasan letak kereta di Taman Negara Gunung Kinabalu yang rosak akibat tanah runtuh hingga menjejaskan laluan Tamparuli-Ranau akan dibaiki segera.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KKM sedia serap kakitangan kontrak kepada jawatan tetap
KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini.

Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.

Buka sempadan perkara terakhir bakal dilaksana kerajaan dalam usaha perangi COVID-19
Pembukaan pintu sempadan akan menjadi perkara terakhir dilaksanakan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan memastikan trend jangkitan kes import terus berkurangan dalam negara.

Pembukaan semula sekolah satu lagi cabaran besar KKM - Dr Adham
Pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula 15 Julai ini merupakan satu lagi ujian besar yang perlu dihadapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengekang penularan COVID-19 di negara ini

Konsep 'Uber' tempah perkhidmatan pengamal perubatan ke rumah akan diperkenal
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian berkonsepkan 'Uber' untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.

Agong sokong PKP dilanjutkan, langkah tegas kekang COVID-19
Baginda turut menzahirkan sokongan terhadap langkah-langkah tegas lain yang dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID- 19 dengan berkesan di negara ini.

COVID-19: Sambut seruan kerajaan, NGO sumbang keperluan untuk barisan hadapan
Lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil untuk menyumbangkan pakaian perlindungan diri (PPE) dan keperluan lain untuk digunakan semasa bertugas dalam menangani pandemik COVID-19.

Dr Adham Baba terajui Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan kini diterajui Datuk Seri Dr Adham Baba di bawah Kabinet Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.