ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI. Berikut merupakan antara berita yang menjadi tumpuan sepanjang hari Sabtu, 16 januari 2021.
1) COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Malaysia merekodkan kes harian paling tinggi COVID-19 apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 4,021 merupakan kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.
2) COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
Menurut satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
3) Vaksin COVID-19: KKM lakukan penilaian risiko susulan kematian di Norway - Dr Adham
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk meneliti dan membuat penilaian terhadap vaksin buatan Pfizer-BioNTech.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan berkenaan susulan laporan kematian 23 individu berusia 80 tahun ke atas di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 itu.
4) 21 ahli keluarga, tetamu kenduri perkahwinan, tahlil positif COVID-19
Sejumlah 21 individu dikesan positif melibatkan Kluster Kampung Lebu yang merupakan salah satu daripada enam kluster baharu yang dikesan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster tersebut berkait kenduri perkahwinan dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.
5) Naib Presiden Pas, Idris Ahmad positif COVID-19
Selepas beberapa pemimpin politik disahkan positif COVID-19, kini giliran Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pula menerima jangkitan berkenaan.
Ahli Dewan Negara itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.
6) Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.
Jeffrey dan Datin Seri Cecilia Kitingan meninggalkan hospital itu pada 1 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital sejak 4 Jan berikutan mereka disahkan positif ujian COVID-19 pada 3 Jan.
7) Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima.
8) Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Dewan masyarakat bagaimana yang memerlukan kos pembinaan mencecah RM35 juta?
Itu persoalan yang dibangkitkan beberapa pihak selepas pendedahan satu surat yang dipercayai ditandatangani Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Azri Zulfakar, kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, mengenai projek di Parlimen Pagoh.
9) Tun Salleh Abas meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
10) Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dilapor membincangkan cadangan kerjasama antara Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Difahamkan cadangan kerjasama dengan Dr Mahathir itu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.
Astro Awani
Sat Jan 16 2021

Pembukaan sekolah ditangguh dan rekod kes positif baharu COVID-19 tertinggi merupakan antara pilihan pembaca.

Piala Prihatin | Pertembungan KL United-Selangor
Siapakah raja Lembah Klang?". Itu soalan yang ditanya-tanya peminat pasukan Kuala Lumpur United FC dan Selangor FC yang bakal bertembung Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Liga Hoki Malaysia | THT lega tiada kes baharu COVID-19
Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) boleh menarik nafas lega setelah kelompok kedua terdiri daripada pemain dan pegawai disahkan negatif COVID19 sekaligus terus perancangan mereka untuk hadapi Liga Hoki Malaysia 2020. Bagaimanapun status penyertaan tiga pemain yang positif tersebut menjadi tanda tanya tatkala tarikh tutup pendaftaran liga akan berakhir 1 Mac ini.

Kelayakan Olimpik | Shevon atur strategi jadi wakil kedua di Tokyo
Cabaran semakin sukar selepas bergelar pemain profesional negara, Shevon Lai-Goh Soon Huat atur strategi menjadi wakil kedua acara itu di sukan Olimpik Tokyo. Terbuka Swiss dan Masters Orleans, di Perancis, dua kejohanan yang dianggap sebagai peluang terhidang dalam memburu mata apabila tiada kelibat beberapa pemain gergasi.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892747/18324770301614385628411_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi​ 27 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac. 2. Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok. #AWANInews​ #HapusCOVID19

300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dijadualkan tiba di KLIA melalui pesawat MH319.

Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | WTO gesa hapuskan perlindungan harta intelek
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menghapuskan perlindungan harta intelek vaksin COVID-19. Ini bagi membolehkan negara anggota untuk menghasilkan lebih banyak vaksin dan perkongsian dalam usaha memerangi pandemik itu.

Vaksin COVID-19 | 300,000 dos vaksin Sinovac tiba hari ini
Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran china dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9 pagi ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke klia menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MASKargo Sdn Bhd (MASKargo).

Kecurian Vaksin | Pesuruhjaya Kesihatan siasat kes di Tennessee
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. Ini berikutan dakwaan terdapat sukarelawan menyuntik vaksin kepada dua kanak-kanak walaupun mereka masih bawah umur.

Vaksin COVID-19 | MASKargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin Sinovac
Pengalaman menguruskan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-Biontech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) lebih bersedia untuk mengendalikan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Sabtu.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bln pada Januari 2021
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

Bursa dibuka mendatar, prestasi semalaman Wall Street menyusut
Bursa Malaysia dibuka mendatar pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada kelemahan semalaman prestasi di Wall Street.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.