MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 6 Januari 2021.
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.
Tindakan Anonymous Malaysia kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia seharusnya dipandang serius.
Masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka akan ketinggalan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disebabkan liputan internet yang lemah dan masalah ketiadaan peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.
Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh setahun sudah mencecah 700 kematian.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan hospital awam (hospital di bawah KKM, hospital universiti awam dan hospital angkatan tentera) dan swasta di bawah pengoperasian secara hibrid berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu.
Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran kepada pasangan suami isteri jarak jauh atau 'PJJ' untuk melakukan perjalanan rentas negeri bermula esok.
Sebanyak 57,390 unit kediaman siap dibina tidak terjual bernilai RM42.49 bilion menjadikan isu ‘overhang’ kekal sebagai masalah negara yang masih belum dapat diselesaikan secara efektif.
Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti dilaksanakan pada 18 Mac 2020 akan diumumkan sebelum 4 Februari depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami