MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mac 2021.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hari ini, UMNO akan bertanding secara sendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
2. Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menarik diri serta-merta.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' sekali lagi melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila memenangi kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia.
Dua pengebom nekad maut dan mencederakan 14 lagi dalam satu insiden letupan di Gereja Katedral Makassar di Sulawesi selatan, Indonesia pada Ahad.
Formula kemenangan Pakatan Harapan (PH) boleh dicapai dengan perpecahan yang berlaku dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Sebanyak 1,302 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 341,944 kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menasihatkan semua pihak agar memberi masa dan ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan Undi 18.
Pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mengetepikan cabaran rakan senegara yang juga juara bertahan Mohd Azizulhasni Awang untuk merangkul emas acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, parti itu perlu tetap dengan pendirian termasuk bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Ogos depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami