awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2021
15:42 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mei 2021.
1. Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama ditubuhkan
Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama dipengerusikan Perdana Menteri dan dianggotai 21 menteri, empat ketua jabatan, dua ketua GLIC, dan tiga wakil dewan perniagaan serta tokok pelbagai bidang.
2. Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini
Suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini di empat PPV di Lembah Klang, melibatkan pemberian 268,000 dos.
3. Pergaduhan jalan raya: Polis gesa penghantar makanan tampil
Polis menggesa penghantar makanan yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan seorang pelawak terkenal di jalan raya pada 1 Mei lalu tampil membantu siasatan.
4. Agensi pelancongan diingat jangan cuba beri khidmat balik kampung
Pengendali agensi pelancongan diingat jangan salah guna kebenaran gelembung perjalanan dengan memberi perkhidmatan kepada mereka yang ingin pulang berhari raya di kampung.
5. Jaringan Prihatin: RM3.5b bantu B40 miliki telefon pintar, data bulanan - Perdana Menteri
Sebanyak RM3.5 bilion bakal diperuntukkan melalui program Jaringan Prihatin bagi membolehkan Kumpulan B40 memiliki telefon pintar atau bantuan pelan jalur lebar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
6. PKP: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah diarah tutup mulai esok - MB Selangor
Semua institusi pendidikan termasuk sekolah di kawasan Selangor diarah tutup mulai esok berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di negeri itu.
7. COVID-19: 3,744 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi dengan 1,548 kes
Malaysia merekodkan kes baharu jangkitan COVID-19 sebanyak 3,744 kes, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 424,376 kes.
8. PKP di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 hingga 20 Mei ini.
9. Khairy dedah pengeluar vaksin utamakan negara kaya
Malaysia kesal dengan tindakan sesetengah syarikat farmaseutikal pengeluar vaksin yang lebih memberi keutamaan pemberian vaksin kepada negara maju berbanding negara membangun.
10. Pandelela raih pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021
Ratu terjun negara Pandelela Rinong akhirnya membawa sinar buat skuad terjun negara apabila meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 hari ini.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#PKP
#Astro Awani
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#Selangor
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan