MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mei 2021.
Seorang konstabel polis lelaki yang ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.
Acryl Sani gariskan tiga fokus utama terajui PDRM
2. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menggariskan tiga fokus utama untuk memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah sebuah pasukan polis yang menjaga keamanan, berintegriti dan berkhidmat untuk masyarakat.
Mana-mana pengguna lebuh raya yang didapati mempunyai kadar bayaran tol tidak munasabah dan tinggi akan dikenakan kompaun selain diarah berpatah balik ekoran kesalahan rentas negeri, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Menurut Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi negara (PVMBG), letusan selama 319 saat itu dikesan pada jam 11.19 pagi waktu tempatan (12.19 tengah hari waktu Malaysia).
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian dan disiarkan akhbar Harakah, lima tahun lalu.
Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang Khamis.
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.
Kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 25-30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil ditangguhkan susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei 2021.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami