ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mei 2021.

1. Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat hajat untuk Palestin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat di Istana Negara hari ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

2. Isu Palestin: Israel mempertahankan diri? Alasan itu tidak boleh diterima - Tun Mahathir

Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri adalah tidak boleh diterima sama sekali.

3. Keselamatan dan pertahanan siber sentiasa dipantau - ATM

Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.

4. Banjir kilat melanda Melaka, 40 mangsa dipindahkan

Hujan lebat lebih enam jam menyebabkan 40 mangsa banjir di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

5. Ratu cantik Mexico dimahkota sebagai Miss Universe 2020

Andrea Meza yang merupakan antara peserta pilihan berjaya menundukkan empat saingan hebat di pusingan akhir dalam acara yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, Amerika Syarikat.

6. Permohonan fasa kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini - Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun hanya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas diberikan keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

7. 1MDB: Biarpun curiga, Mohd Hazem akui tidak berani tanya lebih tentang Jho Low

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman mengakui beliau mempunyai niat untuk meninggalkan syarikat itu lebih awal, selepas mengesyaki terdapat salah laku dalam urus tadbir.

8. COVID-19: 4,446 kes baharu, Selangor rekod kes tertinggi dengan 1,650 kes

Malaysia merekodkan 4,446 kes jangkitan baharu COVID-19 pada hari ini,menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes.

9. Kes COVID-19 terus naik di Selangor? KKM mungkin syor PKP penuh - Dr Adham

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.

10. PDRM pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.