ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Mei 2021.

1. COVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Polis sahkan Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan satu sidang media pada Selasa.

2. Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia

Pelakon dan pelawak negara Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Ramasundran, 57, yang popular antaranya melalui sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

3. Fenomena 'Bulan Berdarah' muncul di langit Malaysia

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh 'Super Flower Blood Moon' yang muncul malam ini.

4. Tempahan vaksin AstraZeneca ditutup selepas sejam, ramai luah kekecewaan

Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca ditutup selepas satu jam ia dibuka.

5. Hari Wesak disambut sederhana di seluruh negara

Hari Wesak tahun ini disambut sederhana dalam norma baharu di seluruh negara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

6. 'Kenapa cuai? Tiadakah belas kasihan terhadap bayi anda jika dia positif COVID-19?'

Jarang berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.

7. COVID-19: Kalau sudah setahun masih belum lulus 'SRP', ini beban kepada rakyat - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang dilihat pada hari ini sangat bercelaru.

8. COVID-19: Lonjakan dua minggu selepas Hari Raya, 7,478 kes baharu dan 63 kematian

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini kepada 533,367 kes.

9. Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.

10. LRT bertembung: Lima gerabak terlibat nahas berjaya dinaikkan- Prasarana

Lima daripada enam gerabak membabitkan dua tren yang terlibat dalam nahas LRT laluan Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC pada Isnin malam telah berjaya dikeluarkan lewat malam tadi.