ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Mei 2021.

1. Dakwaan skandal 'Watergate' baharu libatkan Mohd Khairuddin tidak benar - LGM

Pengurusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam urusan jual beli serta urusan pajakan dua lot tanah miliknya di Jalan Ampang, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

2. LRT laluan Kelana Jaya masih ikut pelan alternatif - Wee Ka Siong

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya masih berjalan mengikut pelan alternatif yang diumumkan Kementerian Pengangkutan semalam.

3. COVID-19: Pemberian dos vaksin COVID-19 cecah 100,000 sehari - JKJAV

Lebih 100,000 orang telah divaksinasi setakat 27 Mei 2021. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemberian dos pertama adalah sebanyak 58,084, manakala dos kedua adalah 49,256.

4. Saksi sahkan Muhammad Shafee keluarkan kenyataan media berhubung bayaran RM9.5 juta

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 8 September 2018 merupakan kenyataan balas terhadap Pejabat Peguam Negara (AGC), mengenai bayaran RM9.5 juta yang didakwa sebagai fi guaman daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun berkenaan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

5. COVID-19: Paling tinggi dalam sejarah, 8,290 kes baharu, Selangor catat 2,052 jangkitan

Perkembangan wabak COVID-19 dalam negara terus memperlihatkan angka tinggi direkodkan dengan 8,290 jangkitan baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

6. LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana Malaysia Berhad tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang, jika ia diambil oleh mana-mana penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lalu.

7. CITF terima aduan ada janji temu AstraZeneca ditempah tanpa persetujuan penerima

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) memaklumkan terdapat aduan sebilangan individu yang telah diberikan janji temu vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan.

8. SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah, Tengku Iesta Tengku Alaudin, tuduhan dan dakwaan sesetengah pihak berkenaan penglibatan pihaknya dalam isu tempahan vaksin itu adalah tidak benar.

9. 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

10. Pengorbananmu tiada tolok bandingnya, wahai 'frontliners'

Pengorbanan mereka yang bergelar 'frontliners' tiada tolok bandingnya.

Berhempas-pulas membanting tenaga dan kudrat yang ada untuk menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19, mereka umpama lilin yang membakar diri.