UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mei 2021.

Astro Awani
Mon May 31 2021
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mei 2021.

1. KWSP tutup semua cawangan di seluruh negara bermula 1 - 14 Jun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini selaras dengan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.

2. Total Lockdown: Perbicaraan kes jenayah, sivil secara fizikal perlu ditangguh - Ketua Hakim Negara

Semua perbicaraan atau pendengaran kes sivil dan jenayah secara fizikal di Mahkamah perlu ditangguh terlebih dahulu dan ditentukan tarikh yang baharu kemudian.

3. PKP Penuh: Bengkel membaiki kenderaan, kedai tayar dibenar beroperasi

Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

4. COVID-19: Kerajaan setuju laksana program Trak Vaksin Bergerak

Kerajaan bersetuju melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. COVID-19: 6,824 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Kelantan (695), Sarawak (654) dan Johor (489).

6. Ibu bapa ingkar bawa kanak-kanak ke tempat sesak boleh diambil tindakan - Dr Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kertas siasatan boleh dibuka oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

7. Jenazah pesakit COVID-19 pun kami uruskan, semuanya percuma - Sentuhan Setia Kasih

Laporan khas tentang dua bekas pemandu trak tunda menjalankan tanggungjawab fardu kifayah pengurusan jenazah termasuk dari kalangan pesakit COVID-19, tanpa memikirkan soal bayaran.

8. 'Total lockdown': Surat kebenaran beroperasi kini dikeluarkan pusat sehenti MITI - MKN

Surat kebenaran beroperasi bagi tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama bermula 1 Jun ini akan dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

9. PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0

Susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.

10. Tiga bulan tanpa gaji buat menteri dan timbalan menteri, wang disumbangkan untuk COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.


 

#berita pilihan#berita tumpuan#berita tempatan#berita Malaysia#Astro Awani#PEMERKASA Plus#total lockdown#sekatan pergerakan penuh#PKP#COVID-19
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ

Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ

Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas

Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas

Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua

Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua

Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024

Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman

Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia

Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia

Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos

Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos

Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan

Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan

Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula

Sekolah di Damsyik dibuka semula

Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.