MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Jun 2021.
Perdana Menteri menggambarkan sumbangan elaun penjawat awam sebagai cerminan sokongan terhadap perjuangan petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19.
Kelulusan WHO tingkatkan keyakinan terhadap vaksin Sinovac - Khairy
2. Kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap vaksin COVID-19 Sinovac akan meningkatkan keyakinan terhadap pengambilan vaksin tersebut.
Ibu yang sedang hamil atau yang sedang menyusukan anak kini telah boleh mengemaskini status mereka di aplikasi MySejahtera.
Program saringan COVID-19 percuma anjuran kerajaan Selangor menyaksikan seramai 80,891 rakyat di negeri itu telah menyertainya.
Perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguhkan kepada 21 Jun.
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan yang melambatkan proses kelulusan vaksin yang telah mendapat pengiktirafan badan kesihatan di peringkat antarabangsa.
Kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengarah bank-bank untuk moratorium secara automatik sukar diterima Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Malaysia merekodkan 126 kematian akibat COVID-19 hari ini, yang merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu.
Memasuki hari kedua 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini, pastinya antara aktiviti yang dilakukan rakyat Malaysia ketika berada di rumah adalah menonton televisyen.
Kalau sebelum ini pakaian bercorak yang dipakai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setiap kali muncul di sidang media mencuri tumpuan warganet, namun kali ini kemas kini yang dimuat naik di laman sosialnya menjadi buah mulut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami