MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Jun 2021.
Kementerian Wilayah Persekutuan melipatgandakan usaha merancakkan program vaksinasi supaya sasaran imuniti kelompok di Wilayah Persekutuan sebelum akhir Ogos dapat dicapai.
Ibadah korban dibenarkan di Perlis dengan pematuhan SOP
2. Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan.
Pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka beroperasi bermula 21 Jun ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO dan pemimpin parti pembangkang sebelum ini telah memberi jaminan tidak akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
Setakat ini, 103,428 borang pendaftaran di bawah PICK telah diedarkan kepada komuniti Orang Asli dan 26,469 orang telah menyatakan persetujuan.
6. 'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Liew mohon doakan bapa terlantar sakit
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ebit memaklumkan status kesihatan bapanya yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.
Malaysia mencatatkan 5,911 kes COVID-19 baharu pada Sabtu dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 691,115.
Ada dalam kalangan mereka rasa takut dengan kehadiran pegawai kesihatan di kawasan kampung khususnya sewaktu program vaksinasi COVID-19 sedang berlangsung, ketika ini.
Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) susur keluar Kota Damansara, pada petang Sabtu.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji sama ada tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca boleh dipendekkan daripada 12 minggu kepada enam minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami