ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Julai 2021.

1. Sumbangan vaksin Pfizer: Agong zahir penghargaan kepada kerajaan AS

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi negara.

2. Lebih 33 peratus penerima skim PeKa B40 hidap penyakit tidak berjangkit

Seramai 151,729 rakyat Kumpulan B40 yang merupakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) baru dikesan menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit

3. Saya tiada masa untuk berpolitik - Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu berlalu pergi tanpa menjelaskan secara konkrit pendiriannya tentang desas-desus tersebut.

4. Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) akan dibuka - Khairy

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga akan memperluaskan pemberian vaksin bagi pekerja barisan hadapan dalam sektor penerbangan yang akan membabitkan semua lapangan terbang di seluruh negara.

5. COVID-19: Varian Lambda kini di lebih 30 negara, ini yang perlu anda tahu

Varian Lambda atau C.37 kini menjadi antara varian baharu COVID-19 yang telah dikesan di lebih 30 negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini Epidemiologi Mingguan COVID-19 masih mengklasifikasi varian ini sebagai varian yang perlu mendapat perhatian(VOI).

6. COVID-19: Kes baharu naik lagi, 7,654 direkodkan hari ini 

Sebanyak 7,654 jangkitan baharu COVID-19 telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini 792,693. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut 7,643 merupakan kes penularan tempatan manakala 11 lagi kes import.

7. Cuci kenderaan, pasar pagi, pasar tani dibenar beroperasi di negeri Fasa 2 PPN

Perkhidmatan cuci kenderaan, pasar pagi dan pasar tani dibenarkan beroperasi di negeri yang berada dalam Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

8. Kontroversi 'Kerajaan Allah': "Apa masalah Lim Kit Siang?" - Hamzah Zainuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas sikap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan 'Kerajaan Allah' baru-baru ini.

9. Moratorium: Tiada caj faedah atau keuntungan terkompaun sepanjang tempoh bantuan - BNM

Bank Negara (BNM) mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memahami bahawa moratorium akan meningkatkan kos pinjaman secara keseluruhan.

10. Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan

Seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) sindrom Down ditemui melecur teruk pada dada, tangan dan leher dipercayai didera di pusat asuhan di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.