ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Disember 2021.

1. Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pemangkin kejayaan KPI menteri

Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) semua menteri di bawahnya sebelum tempoh yang disasar.

2. Mindef, ATM capai KPI, rancang pelan pasca 100 hari mulai esok - Hishammuddin

Kesemua enam aspirasi yang disasar dalam tempoh 100 hari pertama Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan (Mindef) berjaya dicapai dengan jayanya, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

3. Rundingan HSR selepas ini diketuai Kementerian Pengangkutan

Perbincangan dan rundingan seterusnya mengenai hala tuju projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan.

4. Muafakat UMNO, Pas tidak lengkap tanpa Bersatu - Abdul Hadi

Perpaduan bangsa dan agama yang dirintis oleh UMNO dan Pas tidak akan mencapai hikmahnya tanpa melibatkan kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

5. COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 5,446, 28 kematian - Dr Noor Hisham

Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus meningkat, apabila sebanyak 5,446 lagi kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes.

6. Ali Biju umum tarik diri, tidak bertanding dalam PRN Sarawak

Selepas empat hari penamaan calon, Datuk Ali Biju hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

7. Polis sangkal laporan plot terbaharu tawan Sabah dari selatan Filipina

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah menafikan dakwaan berhubung 19 "datuk bandar" dari selatan Filipina terlibat dalam plot baharu untuk menawan negeri itu.

8. Acara 100 Hari Keluarga Malaysia catat sejarah himpun semua kementerian - KSN

Komitmen dan kesungguhan tinggi ditunjukkan semua anggota Jemaah Menteri dalam menjayakan acara 100 Hari Keluarga Malaysia mencatat sejarah baharu negara kerana buat julung kalinya, ia membabitkan penglibatan kesemua kementerian dan jabatan kerajaan dalam satu masa.

9. Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0

Malaysia meneruskan langkah positif dalam saingan Piala AFF 2020 apabila merekodkan dua kemenangan berturut-turut selepas yang terbaharu, membelasah Laos dengan keputusan empat gol tanpa balas dalam aksi Kumpulan B.

10. Kisah derma Arab Najib umpama hikayat dongeng - Hakim

Pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai RM42 juta dalam akaun peribadinya yang didakwa sebagai wang derma Arab adalah dongengan seumpama Hikayat Seribu Satu Malam, menurut Mahkamah Rayuan.