ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Januari 2022.

1. PM umum peruntukan RM10 juta kepada FAM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai sokongan ke arah pembangunan mutu bola sepak negara. 

2. 40 peratus populasi dewasa negara sudah terima dos penggalak

Sebanyak 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

3. BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai

Bank Negara Malaysia dijangka menunggu sehingga Julai sebelum meningkatkan kadar faedah memandangkan ia sedang memerhati tahap pemulihan ekonomi.

4. Penggal kepala ibu: Suspek masih enggan buka mulut - Polis

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa yang dihubungi berkata, siasatan masih dijalankan bagi mencari punca sebenar lelaki tersebut bertindak demikian.

5. Poliklinik diserbu, tujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu

Polis menahan tujuh individu tempatan termasuk tiga wanita berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun yang merupakan pekerja dan pemilik sebuah poliklinik dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan cara memperoleh dan mengeluarkan sijil vaksinasi secara tidak sah di Selangor.

6. Kisah Rohana tular di Indonesia, undang simpati masyarakat

Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.

7. COVID-19: Kes menurun bawah 3,000, 2,342 kes baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 2,810,689 kes.

8. Rayuan Khairy berhubung saman fitnah Anwar terhadapnya diputuskan 7 Februari depan

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 Feb untuk memutuskan rayuan Khairy Jamaluddin bagi mencabar saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral, 14 tahun lepas.

9. Ibu remaja maafkan AJK masjid mandikan anak seperti jenazah

Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti jenazah bersedia memaafkan pihak masjid yang menularkan video insiden berkenaan di media sosial.

10. Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki ditangguh atas 'isu perundangan'

Mesyuarat Khas Parlimen bagi membincangkan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang dijadualkan pada 19 Januari, ditangguhkan.