Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Januari 2022.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
2. PRN Johor: UMNO bakal bertanding 42 kerusi
UMNO akan bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perjalanan kes melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi faktor utama serangan terhadap parti itu pada Pilihan Raya Negeri Johor tidak lama lagi.
Pejuang akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri Johor, kata Bendahari Agung Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh.
Aktivis Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial tahun lepas menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM900,000 daripada artis popular itu.
Seorang lelaki yang dipercayai telah memenggal kepala ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu, pertengahan bulan ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin.
Hujan lebat sekitar Lembah Klang termasuk di Shah Alam pada petang Isnin menyebabkan air naik di Taman Sri Muda.
Malayan Banking Bhd (Maybank) menegaskan bahawa dakwaan yang ia akan menghadapi masalah kewangan besar disebabkan pendedahan kepada Genting Hong Kong adalah sesuatu yang tidak berasas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

