ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Februari 2022.

1. Penunggang motosikal catat kemalangan maut tertinggi di Selangor

Penunggang motosikal mencatat peratusan tertinggi kemalangan maut di Selangor sepanjang 10 hari Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad.

2. MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi

Kerajaan memberi jaminan tidak akan menutup mana-mana sektor ekonomi, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS), meskipun kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak.

3. COVID-19: Malaysia catat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.27

Malaysia terus merekodkan trend peningkatan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19.

4. Omicron bukan "konspirasi KJ" nafikan sambutan Hari Raya - Khairy

Peningkatan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di negara ini bukan satu konspirasi untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri pada Mei depan, sebaliknya dihadapi setiap negara.

5. COVID-19: Kes terus melonjak, 11,034 kes baharu dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 2,925,254 kes.

6. KKM beri lampu hijau untuk PRN Johor - Khairy

Khairy Jamaluddin berkata, KKM telah memuktamadkan serta mengemukakan syor prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

7. Isu integriti pegawai kanan: Mara akan beri kerjasama penuh kepada SPRM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan serbuan yang dilakukan ke atas premis pejabat MARA, MARA Corporation dan pejabat Setiausaha Syarikat kepada MARA Corporation, hari ini.

8. Penerima Sinovac kini boleh pilih vaksin sama sebagai dos penggalak - KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, ia berikutan keengganan sebilangan penerima Sinovac untuk menerima suntikan dos campuran daripada Pfizer mahupun AstraZeneca.

9. Bapa dihukum penjara 20 tahun, lapan sebatan kerana cabul dan rogol dua anak

Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dengan lapan sebatan selepas mengaku bersalah mencabul dan merogol dua anak kandungnya dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini.

10. Bersatu tidak akan tarik sokongan terhadap Ismail Sabri, kerajaan - Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekalipun hubungan dengan UMNO semakin tegang.