Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

71642522101_BTP.jpg
71642522101_BTP.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Februari 2022.

1. PRN Johor: 'Kerana kluster mahkamah, tugas saya tangani COVID-19 tidak selesai'

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi dakwaannya bahawa dua pemimpin kanan UMNO cuba meminta beliau untuk berbuat sesuatu tentang kes mahkamah yang mereka hadapi. 


2. Tim Leissner akui 'tamak, kemahuan tinggi' punca terjebak skandal 1MDB

Bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner memberi kenyataan bahawa "sikap tamak dan kemahuan tinggi" mendorong penglibatannya dalam skandal rasuah ratusan juta dolar daripada 1MDB.


3. Gelembung pelancongan Langkawi diteruskan dengan SOP dikemas kini

Kerajaan melanjutkan projek rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) sehingga sempadan negara dibuka dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini.


4. COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Mac ini

Universiti Teknologi MARA menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadual berlangsung 2 hingga 23 Mac depan, melibatkan 27,287 graduan.


5. Soalan 'perkahwinan idaman' SPM: 'Hanya yang berfikiran sempit anggap ia remeh'

Mereka yang berfikiran sempit sahaja menganggap soalan ujian lisan SPM tentang ‘perkahwinan idaman’ itu satu soalan remeh, kata penganalisis sosiobudaya Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi.


6. Pegangan saham Felda dalam FGV kini 82 peratus - Pengarah Besar

Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, perkembangan terbaharu itu membolehkan agensi tersebut menguruskan ladang perjanjian pajakan tanah (LLA) FGV, kilang sawit, serta isu-isu melibatkan peneroka dengan lebih cekap.


7. Hukuman gantung: Mahkamah Rayuan Singapura tolak rayuan warga Malaysia IQ rendah

Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan pelaksanaan hukuman mati membabitkan warga Malaysia dari Sabah, yang mempunyai tahap IQ rendah, Pausi Jefridin dan seorang warga Singapura, Roslan Bakar.


8. Tak kira tempatan, kacukan atau naturalisasi, Pan-gon pilih hanya yang terbaik

Demikian laungan Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon yang menegaskan dia akan hanya membawa pemain terbaik dalam Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.


9. Elak 'fear factor': Tiada lagi pengumuman kes harian bermula esok - Khairy

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata langkah tersebut bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.


10. Tiada lagi kuarantin jika jadi kontak rapat, fasa pertama dimulakan sektor kesihatan - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19 minggu depan, kata Khairy Jamaluddin.





Must Watch Video

Advertisement