ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Februari 2022.

1. PRN Johor: Zahid kecewa nama ayahnya dihina, dipermainkan Muhyiddin

Berpolitik tidak perlu sampai tahap mempermain dan menghina nama keluarga, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Johor tak boleh diurus seperti sebelum pandemik - Muhyiddin Yassin

Johor antara negeri paling terkesan akibat COVID-19 dan tidak lagi boleh diuruskan seperti mana sebelum berlakunya pandemik, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3. KSM mahu isu pengangguran ditangani dengan lebih berstruktur

Kementerian Sumber Manusia berharap isu pengangguran dalam kalangan Keluarga Malaysia dapat ditangani dengan lebih berstruktur, berkesan dan menyeluruh, kata Menteri Datuk Seri M. Saravanan.

4. PRN Johor: Lama-lama MUDA akan jadi liabiliti pada PH - Ketua Penerangan AMK

Sikap parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang enggan menerima kerusi yang ditawarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dilihat bakal menjadi bebanan kepada Pakatan Harapan, kata Ketua Penerangan AMK Aizuddin Ariffin.

5. Tommy Thomas nafi gugurkan kes dadah anak ahli perniagaan terkenal

Thomas menjelaskan, beliau hanya mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis agar dipertimbangkan semula keputusan pertuduhan.

6. Tanpa pendidikan dan ekonomi yang baik, rakyat senang dimanipulasi

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Mohd Izani Mohd Zain berpendapat bahawa rakyat mudah dimanipulasi dan dieksploitasi sekiranya tidak mendapat pendidikan yang baik dengan keadaan ekonomi yang stabil.

7. Laksana gaji minimum RM1,500 secara holistik - PM Ismail Sabri

Kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

8. Buka sempadan negara: Khairy jangka boleh dilakukan pada suku kedua 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan sekitar dua minggu untuk menyiapkan garis panduan mengenai pembukaan semula negara, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

9. BATC 2022: Tewaskan Korea Selatan, skuad lelaki negara mara ke final

Skuad badminton lelaki negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir di Setia City Convention Center, Shah Alam.

10. PRN Johor: Anwar diperkenan menghadap TMJ, bicara soal negara dan Johor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap beliau.