ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Februari 2022.
1. Lawatan rasmi sulung PM ke Kemboja, Thailand bermula hari ini
Ia bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha.
2. Wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak hadir solat Jumaat di masjid seluruh Selangor
Bermula 25 Februari ini, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.
3. Sarawak rancang tubuhkan Pihak Berkuasa Pelancongan Tasik - Abang Johari
Tasik buatan manusia yang diwujudkan susulan pembinaan empangan di Sarawak merupakan sumber air yang boleh dijadikan tarikan pelancong.
4. COVID-19: 27,179 kes jangkitan baharu, 286 di ICU
Sebanyak 27,179 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 22 Februari, menjadikan jumlah kumulatif 3,273,958 kes. Angka itu membabitkan 27,059 kes tempatan dan 120 kes import.
5. Isu tukar agama: Bukit Aman buka kertas siasatan terhadap P Ramasamy
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang, P Ramasamy di Facebooknya mengenai isu penukaran agama selepas menerima enam laporan.
6. "Tiada seorang pun anak saya pernah bekerja di Goldman Sachs" - bidas Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan anak-anaknya pernah ditawarkan untuk bekerja dengan bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.
7. "Tiada niat sentuh sensitiviti agama" - Diwiyana jawab isu penularan video ibunya terlantar
Anak kepada pesakit terlantar, Diwiyana Mohamed, 37, berkata, dia terpaksa membuat video sehingga tular bukan bertujuan untuk menimbulkan kekecohan.
8. Perdana Menteri tiba untuk lawatan rasmi sulung ke Kemboja
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja hari ini untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.
9. Gugur kes rasuah: Zahid Hamidi tuntut Tun M minta maaf
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau pernah memohon pertolongan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes rasuah yang sedang dihadapinya.
10. PRN Johor: DUN Bukit Batu sah kerusi pertama bakal ditandingi Warisan
Selepas berteka-teki tentang jumlah kerusi yang ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malam ini Parti Warisan mengumumkan kerusi pertama mereka iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu.
Astro Awani
Wed Feb 23 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Februari 2022.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.