ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Mac 2022.
1. PRN Johor: Pentas demokrasi dibuka tepat jam 8 pagi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuka tirai dengan sejarah tersendiri selepas menyaksikan penyertaan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun buat pertama kali dalam sistem demokrasi negara.
2. Penduduk di kawasan cerun perlu peka, kesan indikasi awal tanah runtuh
Penduduk yang tinggal berhampiran cerun atau berbukit perlu didedahkan dengan pengetahuan dan cara mengenal pasti indikasi awal kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman mereka yang mampu mengurangkan risiko kehilangan nyawa.
3. Hubungan dagangan dua hala, COVID-19 antara perkara dibincangkan PM dan Shinzo Abe
Hubungan perdagangan dua hala, pandemik COVID-19, kerjasama pelaburan, perkembangan geopolitik antarabangsa dan isu serantau antara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe malam ini.
4. Kerajaan terus komited bangunkan Malaysia secara adil, saksama dan inklusif - Azmin Ali
Kerajaan kekal komited menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
5. Runtuhan kuari: Penyelamat letup batu besar cari 2 mangsa tertimbus
Kira-kira 70 peratus pengalihan bongkah batu besar dijangka dapat diselesaikan hari ini bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sejak Selasa.
6. Suspek kes rompak di Puchong Prima guna pistol milik polis
Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam dipercayai menggunakan pistol yang dicuri milik seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dibunuh pada 31 Ogos 2017.
7. COVID-19: 32,800 kes baharu, 76 lagi kematian dilaporkan
Sebanyak 32,800 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,774,786.
8. PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri
Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.
9. Muhyiddin sedia lepas jawatan, ambil tanggungjawab penuh
engerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam gabungan itu berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
10. Larangan mengundi kerana positif COVID-19 tidak menepati Perlembagaan - Pensyarah
Beberapa isu yang mewarnai proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang tidak sepatutnya terjadi.
Astro Awani
Sat Mar 12 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Mac 2022.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.